Hi-Tea MyCARE Kumpul Sumbangan Setengah Juta

Hi-Tea MyCARE Kumpul Sumbangan Setengah Juta | IKRAM

PUTRAJAYA – Perjalanan MyCARE Road Tour dimulakan dengan majlis hi-tea bersama para penyumbang MyCARE di Palm Garden Hotel Putrajaya pada Ahad, 27 November lalu.

Majlis yang dihadiri daripada wakil korporat, badan kerajaan dan individu ini dibuka dengan bacaan ayat suci al-Quran dan terjemahan daripada dua orang anak Rohingya dari Sekolah Tahfiz MyCARE Sri Serdang.

“Saya komited memberikan yang terbaik dalam aspek ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik,” kata Pengerusi MyCARE baharu, Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha dalam ucaptamanya.

Majlis diteruskan dengan gimik penyerahan mock cheque bersama penyumbang MyCARE yang berbesar hati memberikan janji (pledge) sumbangan dengan dana terkumpul sebanyak RM413,000 pada awal majlis berlangsung.

“MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang hadir menyerikan Majlis Hi-Tea Fundraiser MyCARE 2022.”

Dalam pada itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berbesar hati menyumbang sebanyak RM198,000 bagi tujuan membantu keluarga asnaf Palestin melalui MyCARE.

“Dengan pengalaman mengagih bantuan lebih RM170 juta sejak 2010, saya mendoakan MyCARE agar terus cemerlang dalam mengurus bantuan kemanusiaan dengan penuh integriti, sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa,” kata Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin.

Dalam majlis yang dihoskan oleh Amin Idris, para hadirin turut dihiburkan dengan nyanyian daripada Daqmie dan persembahan tarian daripada anak-anak Palestin, kumpulan al-Zaytouna.

Pada akhir majlis, dana sumbangan telah meningkat sehingga RM528,500.

Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE yang juga selaku Penasihat Rose2Rose (R2R), Dr Fauziah Mohd Hasan serta wakil para penyumbang utama MyCARE.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia