Hentikan Diskriminasi Terhadap Wanita Berhijab – Wanita IKRAM

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia merakamkan rasa kecewa dan kesal terhadap tindakan yang diambil oleh Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) yang melarang atlet wanita memakai hijab (pakaian menutup aurat menurut ajaran Islam) sehingga memaksa pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada bertanding melawan pasukan Mongolia di Kejohanan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Jelas sekali tindakan ini adalah merupakan satu diskriminasi terhadap atlet wanita Islam di dalam acara sukan.

Wanita IKRAM berbangga dan menyokong pendirian tegas pasukan bola keranjang wanita Qatar dalam mempertahankan hak mereka melaksanakan ajaran agama.

Kengganan mereka untuk menanggalkan hijab menghantar mesej yang jelas kepada penganjur sukan khususnya dan dunia amnya bahawa larangan sedemikian adalah tidak adil dan mendiskriminasikan wanita Islam.

Kehadiran mereka pada sukan kali ini juga menunjukkan bahawa pasukan mereka bersedia untuk bermain namun pihak penganjur yang tidak bersedia meraikan kepelbagaiaan yang ada pada mereka.

Tindakan penganjur amat bertentangan dengan matlamat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang mahukan faktor kepelbagaian budaya di antara negara-negara diraikan dalam temasya sukan kali ini.

Ia juga jelas bertentangan dengan slogan Sukan Asia di Incheon iaitu ‘Diversity Shines Here” (kepelbagaian bersinar di sini).

Wanita IKRAM berpandangan menghalang atlet sukan berhijab adalah merupakan satu pelanggaran terhadap perjuangan hak asasi manusia yang selama ini melaung-laungkan agar semua agama diberi layanan dan kebebasan untuk mengamal ajaran agama masing-masing. Dunia sukan seharusnya tidak terkecuali daripada memenuhi tuntutan ini.

Sehubungan dengan itu, Wanita IKRAM menyeru Kerajaan Malaysia, yang merupakan negara umat Islam yang dihormati, agar menggunakan saluran diplomatik yang ada untuk menyuarakan bantahan kepada tindakan berbaur diskriminasi ini kepada pihak penganjur.

Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa juga digesa supaya mencontohi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan beberapa persekutuan sukan yang lain yang membenarkan atlet mereka memakai pakaian sukan yang menutup aurat berikutan perubahan dalam peraturan mereka.

Perubahan ini akan menampakkan kematangan dunia sukan dalam menghormati dan meraikan kepelbagaian manusia sejagat.

 

DATIN PADUKA HAJJAH CHE ASMAH IBRAHIM

Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

26 September 2014
1 Zulhijjah 1435H

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia