Hentikan budaya samseng, ambil tindakan tegas

“Perbuatan mereka telah menimbulkan keresahan serta ketegangan yang boleh menggugat ketenteraman negara dan sangat bertentangan dengan imej masyarakat Malaysia yang bersopan apalagi bertatasusila,” ujar Dr Hafidzah Mustakim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM dalam sidang media pada Jumaat lalu di sini.

Menurutnya, segala bentuk penghinaan sama ada kenyataan bersifat ugutan, ancaman dan gangguan seksual (sexual harassment) seperti yang ditujukan kepada YB Hajah Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang perlu dihentikan segera.

Bersempena dengan Hari Hentikan Keganasan Terhadap Wanita (Stop Violence Against Women) pada 25 November 2016, Dr Hafidzah menggesa agar pihak berwajib segera mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan baju merah yang telah menggugat keselamatan wanita dan anggota masyarakat.

Beliau juga menggesa supaya pihak media tidak memberi liputan terhadap kenyataan ketua kumpulan baju merah dan ahli-ahlinya kerana ia hanya akan menyemarakkan sikap kebencian dan budaya gengsterisme serta buli dalam masyarakat.

“Kami para ibu khususnya tidak rela dan tidak mahu anak-anak kami terdedah mahupun menjadi mangsa kepada budaya samseng serta ganas yang sedang dipamerkan dihadapan mereka oleh kumpulan baju merah,” tegas Dr Hafidzah.

Beliau turut menggesa seluruh wanita dan lapisan masyarakat bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh kumpulan baju merah serta yang seumpama dengannya.

“Ini sebagaimana pengalaman Serikandi Negara Dr Fauziah Mohd Hasan, wakil tunggal Malaysia dalam Misi Women’s Boat to Gaza membuktikan bahawa misi keamanan ternyata lebih positif dan berkesan walaupun berdepan dengan rejim zionis Israel.”

Dr Fauziah mengetengahkan teknik tanpa keganasan (non-violence) dan tentunya menjadi pilihan masyarakat madani dalam menghadapi kekejaman dan kerakusan kuasa.

“Seterusnya, Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 perlu dikuatkuasakan agar semua rakyat sejahtera dan negara rahmah yang diimpikan tercapai.”

Dalam sidang media tersebut, Dr Hafidzah menyeru rakyat Malaysia supaya terus semarakkan budaya toleransi serta rahmah dan menolak sebarang bentuk keganasan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia