Hebahan: Daurah Belia IKRAM Selangor 30 Oktober ini

Penyertaan terbuka kepada Belia (AB 01 dan 02) lelaki & wanita di seluruh Selangor. Yuran penyertaan sebanyak RM 10.00 seorang sahaja dan makanan disediakan.

Tajuk pengisian dalam daurah ialah ‘Peranan Pemuda’ oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail, YDP IKRAM Selangor pada sebelah pagi dan forum ‘Work Life Balance’ diadakan pada petangnya oleh beberapa tokoh IKRAM yang akan dimaklumkan kemudian.

Untuk pendaftaran, sila mendaftar melalui Pengerusi Belia IKRAM Daerah masing-masing atau emelkan nama peserta, nombor telefon, nama Naqib atau Naqibah dan nama daerah kepada JK Pendaftaran Program Daurah Belia IKRAM Selangor sebelum 26 Oktober 2011 di alamat berikut:

1. Shukri 013-388 0353 ([email protected])
2. Khadijah 019-755 3004  ([email protected])

Mohon kerjasama semua Pengerusi Belia Daerah IKRAM Selangor dan para Nuqaba’ Belia untuk mendaftarkan ahli Belia IKRAM ke daurah ini dan menghebahkan makluman ini ke daerah masing-masing.

Alamat tempat program ialah di Lot 1078, Batu 8 3/4, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Selangor. Sila rujuk peta SRIAAG di gambar kanan. Klik peta untuk saiz lebih besar.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia