HCF kunjungi SNSM, bantu komuniti Sikh

KUALA LUMPUR – Hidayah Centre Foundation (HCF) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Sikh Naujawan Sabha Malaysia (SNSM) pada 25 September lalu di Titiwangsa.

 

HCF yang diwakili oleh Encik Noli Husain, Khairul Hasmeet serta wakil Belia Harmoni, Afif Firdaus telah disambut baik dan ceria oleh Presiden SNSM, Encik Sardar Harjinder Singh.

 

“Ini merupakan kali pertama kunjungan dan program kerjasama diadakan melalui Inisiatif Pek Merdana,” kata wakil HCF.

 

Serahan pek Merdana dibuat oleh Noli yang juga Pengarah Jabatan Outreach HCF sebagai simbolik pelancaran inisiatif tersebut. 

 

Dalam pada itu, sebanyak 50 pek telah disumbangkan dengan kerjasama pihak SNSM bagi membantu komuniti Sikh dan mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

 

Pelbagai bentuk kerjasama juga program dibincangkan dalam pertemuan itu, untuk dilaksanakan pada masa hadapan.

 

Dalam perkembangan berkaitan, HCF bakal menganjurkan Harmony Forum yang bertajuk ‘Helping each other in time of need: What’s next?’ pada Sabtu ini jam 10.00 pagi yang disiarkan secara langsung di laman FB Hidayah Centre Foundation.

 

Forum ini akan menampilkan tiga ahli panel iaitu Harjinder Singh yang mewakili SNSM, aktivis sosial Encik Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dan Ketua Pegawai Eksekutif HCF Hj Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia