Harmoni Mission lebarkan amal ke Kemboja

“Misi ini bertepatan dengan ciri kelapan gagasan Kampus Harmoni iaitu ‘Peranan Kampus dalam Isu-Isu Masyarakat, Negara dan Antarabangsa Diiktiraf’,” kata Pengarah Harmoni Mission, Saudara Muhammad Miqdam Mohd Rashid.

Jelasnya, projek-projek yang bakal dilaksanakan di Kemboja iaitu Sumbangan Pendidikan (RM5,000), Wakaf Fasiliti (RM7,500) dan Bag of Harmoni (RM12,600) memerlukan sumbangan orang ramai untuk menjayakannya.

Menurutnya, Sumbangan Pendidikan khusus digunakan untuk aktiviti pembangunan mahasiswa dan kanak-kanak di kawasan perkampungan dengan wakaf berjumlah RM20 setiap lot.

Sementara itu, tambahnya, projek Wakaf Fasiliti bertujuan membangunkan kemudahan infrastruktur seperti tandas, sumber bekalan air terutamanya yang amat terhad untuk diperolehi di mana wakaf tersebut berjumlah RM30 setiap lot.

“Bag of Harmoni pula akan menyediakan keperluan mandiri yang terdiri daripada keperluan makanan harian, kelengkapan solat, set kesihatan dan kebersihan, dan set pembelajaran bagi kanak-kanak.”

Pihak Harmoni Mission mensasarkan 105 buah Bag Of Harmoni untuk disumbangkan kepada warga Kemboja di mana setiap beg memerlukan dana sebanyak RM120.

“Antara kandungan kegembiraan Bag of Harmoni adalah ubat-ubatan, makanan asas seperti beras, gula dan tepung serta barangan kebersihan seperti sabun,ubat gigi dan syampu.”

Tambah Miqdam, misi ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Humanitaian Care Malaysia (MyCARE) dan agensinya, Nusantara Care (NICE) yang menjadi rujukan rapat sepanjang misi ini dilaksanakan.

Justeru itu, ahli-ahli misi merayu orang ramai dan pelbagai pihak yang berminat untuk menyumbang supaya menyalurkan sumbangan tersebut kepada akaun CIMB Islamic 860-301-2762 atas nama HARMONI STRATEGIK RESOURCES.

Sila e-melkan bukti sumbangan ke [email protected] atau hantarkan Whatsapp kepada Hajar ( 013-660 3019) atau Shouqqie (017-439 4359) dengan rujukan ‘wakaf fasiliti’, ‘wakaf pendidikan’ atau ‘bag of harmoni’.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia