Harmoni IIUM Club dilancarkan secara rasmi

Menjadi salah sebuah persatuan berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan UIAM (STADD), pelancarannya disempurnakan Pengarah STADD, Puan Hafsah Mohd Yusoff di Wadi Budi.

“Saya menggalakkan Harmoni untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk semua pelajar UIAM, yang mana daripada pengalaman menyelenggarakan program, akan memupuk pelajar menjadi lebih kreatif, proaktif dan mengamalkan takwa,” ujar beliau.

Sebagaimana sebelum ini jelasnya, Harmoni telah berjaya menganjurkan program seperti Sembang Kencang dan Food for Siswa yang amat bermanfaat kepada pelajar UIAM.

“Saya harap Harmoni akan terus menyusun program yang bermanfaat untuk semua pelajar.”

Program tersebut dihadiri ADUN Permatang Pasir, YB Faiz Fadzil sebagai VIP yang menyampaikan ucaptama ‘Peranan Mahasiswa Dalam Pembinaan Negara’, wakil Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dan ahli-ahli persatuan dakwah yang lain.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut Pengerusi Pembangunan Mahasiswa IKRAM Gombak, Dr Hilmi Hela Ladin dan Presiden Harmoni Club, Sdr Ammar Hasbullah.

“Kami mengutamakan pembangunan holistik dalam kalangan ahli kami kerana mereka akan terlibat dalam aktiviti lain, di mana mereka boleh meningkatkan nilai rohani, kemahiran dan bakat kepimpinan serta terlibat dengan masyarakat dan pelajar,” kata Naib Presiden Harmoni Club, Raja Nur Hanisah Raja Sulaiman.

Selain itu menurutnya, Harmoni juga menyediakan bantuan kewangan kepada ahli-ahlinya yang memerlukan.

Didaftarkan secara rasmi pada 15 Februari 2019, Harmoni IIUM Club kini mempunyai kira-kira 200 orang ahli dan kelab ini berusaha untuk melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan tinggi dan berkarisma.

Sumber: IIUM Today

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia