Hari Terbuka masjid galak kunjungan bukan Islam

 “Orang Islam juga diharapkan supaya lebih terbuka dan matang untuk memberi peluang kepada masyarakat agama lain mempelajari Islam dengan lebih dekat,” ulasnya semasa sidang media Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2017 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Wen di sini.

Tambahnya, institusi-institusi agama seperti masjid perlu memainkan lebih lagi peranan untuk merungkai salah faham terhadap agama Islam dan memperbetulkan salah tanggap sesetengah golongan yang menghalang orang bukan Islam mendekati masjid.

“Kalau selama ini orang tahu masjid untuk orang Islam sahaja tetapi sebenarnya masjid juga boleh menerima kunjungan orang bukan Islam seperti yang dilakukan oleh Masjid Negara malah kunjungan pelancong bukan Islam di situ lebih ramai daripada orang Islam pada hari biasa,” jelasnya.

 

Ucapan perasmian Hj Paimuzi dan acara jamuan yee sang

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2017 telah diadakan semalam dengan objektif untuk memperbetulkan kekeliruan masyarakat tentang sambutan Tahun Baru Cina terutamanya masyarakat Islam serta menggalakkan untuk saling mengenal antara budaya dan bangsa berbeza.

Antara acara menarik dalam sambutan ini ialah tarian singa, angpau dan kuiz untuk kanak-kanak, jamuan yee sang, cabutan nombor bertuah dan persembahan face changing.

Menurut Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF), Haji Nicholas Sylvester, majlis sambutan seumpama ini telah diadakan sejak tahun 2011 dengan bekerjasama antara institusi lain.

Pada tahun ini, ia merupakan anjuran bersama HCF, Persatuan Cina Muslim He-Ping, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dengan kerjasama JAKIM, SJKC Chee Wen dan ditaja oleh Restoran Mohd Chan yang menyediakan makanan Cina Muslim.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia