Hari Terbaik Di Dunia

Menjelang bulan Zulhijjah yang bakal tiba beberapa hari saja lagi, eloklah kita saling ingat mengingati bahawa 10 hari terawal daripada Zulhijjah merupakan hari terbaik di dunia, hari paling afdal di sisi Allah Azzawajalla.

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Amal soleh yang paling disukai Allah ialah amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya pada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Zulhijjah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang sedikit pun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk jalan Allah).”

Daripada Jabir bin Abdullah RA, dia berkata bahawa Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: “Hari yang paling afdhal di dunia ialah hari-hari 10, iaitu 10 hari (yang pertama) bulan Zulhijjah.” (Hadith dikeluarkan oleh al-Bazzar. Menurut al-Haitsami, rawi-rawinya tsiqah)

Salah satu daripada 10 hari tersebut adalah Hari ‘Arafah. Ketika para tetamu Allah SWT sedang berwuquf di ‘Arafah, mereka yang tidak berpeluang untuk sama-sama berwuquf disunatkan berpuasa.

Daripada Abi Qatadah RA, Nabi Salallahu Alaihi Wasallam ditanya tentang puasa pada Hari ‘Arafah. Baginda menjawab maksudnya: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu, dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Muslim)

Dan pada hari ke-10 pula (serta hari ke 11, 12 dan 13) disunatkan menyembelih binatang korban bagi mereka yang berkemampuan.

Diriwayatkan bahawa baginda Salallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

“Amalan anak Adam yang paling Allah sukai pada hari Nahar ialah menyembelih haiwan ternakan. Sesungguhnya haiwan-haiwan itu akan bangkit pada hari kiamat nanti bersama tanduk-tanduk, kuku-kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum ia menitis ke bumi. Maka laksanakanlah korban dengan sepenuh hatimu.” (Hadith Riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi)

Dalam hadith yang lain, para sahabat RA bertanya Nabi Salallahu Alaihi Wasallam:

“Apakah maksud ibadah korban ini?” Baginda Salallahu Alaihi Wasallam menjawab: “Ini sunnah bapa kamu Ibrahim.” Mereka bertanya lagi: “Apa yang kita perolehi daripadanya?” Baginda menjawab: “Dengan setiap helai bulunya satu kebaikan.” Mereka berkata: “Bulu-bulu yang halus itu?” Baginda menjawab: “Ya. Dengan setiap helai bulu-bulu yang halus itu satu kebaikan.” (Hadith Riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi)

Selain daripada puasa pada Hari ‘Arafah (hari ke-9) dan korban pada Hari Nahar (hari ke-10), hari-hari lain bermula daripada 1 Zulhijjah wajar dimanfaatkan sebaik-sebaiknya dengan pelbagai amal soleh sama ada yang wajib mahupun sunat seperti solat, puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, menuntut ilmu, berbakti kepada ibu bapa, menziarahi orang sakit, mengajak orang berbuat baik, melarang berbuat jahat dan banyak lagi.

Yang penting dan utama, tanamkan azam dalam diri untuk melakukan kebaikan di mana jua dan pada bila-bila masa. Apabila telah tersemat keazaman, muncullah ilham, terhasillah amalan.

Ustazah Maznah Daud

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia