Harap inkues kematian Adib berjalan segera dan lancar

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) prihatin dengan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba dalam insiden di Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya pada 26 November 2018 dan memahami kebimbangan orang ramai termasuk keluarga Allahyarham agar kes ini tidak dilengahkan.

IKRAM juga mengikuti perkembangan prosiding inkues kematian yang akan berlangsung selama empat (4) bulan bermula 18 Januari 2019 hingga 12 April dan akan melibatkan 30 orang saksi.

IKRAM berharap agar prosiding inkues kematian yang dibuat di bawah Seksyen 339 (1) Kanun Tatacara Jenayah ini dapat berjalan lancar dan tidak tertangguh demi memastikan keadilan terlaksana.

IKRAM mengambil maklum bahawa prosiding inkues kematian ini adalah sebuah prosiding khas yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah yang membenarkan pihak pendakwa raya untuk mengarahkan hakim untuk mengendalikannya dan mencari dapatan terhadap sebab dan punca kematian dan segala perkara yang berkaitan dengannya sepertimana yang telah didefinisikan dalam Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada masa yang sama, walaupun pihak polis telah mengklasifikasikan siasatan kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh yang membawa hukuman mati mandatori, IKRAM berharap agar prosiding inkues ini dapat membantu memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dalam menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib sekaligus membantu pihak pendakwa raya untuk mengemukakan pertuduhan di mahkamah kelak.

Kes ini mempunyai kepentingan awam yang meluas yang menuntut pihak berkuasa untuk membuat siasatan dengan cermat dan teliti untuk mengelakkan kelompongan dalam siasatan apabila dibawa untuk pertuduhan di mahkamah.

IKRAM mengharapkan pihak berwajib tidak mengambil masa yang lama dalam proses siasatan dan menyeru kepada semua pihak memberi ruang kepada proses undang-undang agar pendakwa raya dan mahkamah dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik-baiknya demi keadilan untuk Allahyarham Muhammad Adib.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia