HARA 2025: “Integriti Dibina, Rasuah Binasa”

HARA 2025: "Integriti Dibina, Rasuah Binasa" | IKRAM

Sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menegaskan bahawa integriti merupakan asas pembinaan negara dan syarat utama kemajuan sosial serta daya saing ekonomi.

Rasuah bukan sekadar salah laku individu, tetapi manifestasi kelemahan struktur yang merosakkan institusi, mengurangkan kepercayaan rakyat serta menjejaskan kesejahteraan generasi masa depan.

Prestasi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia yang masih sekitar skor 50 menunjukkan bahawa ekosistem integriti negara belum mencapai tahap yang diharapkan.

Dalam masa yang sama, landskap rasuah semakin kompleks melibatkan ketirisan perolehan, penyalahgunaan budi bicara, kelemahan pengawasan, konflik kepentingan serta bentuk baharu berkaitan digitalisasi dan ruang data.

IKRAM berpandangan bahawa pembangunan integriti nasional memerlukan pendekatan yang sistematik, bersandarkan bukti (evidence-based) serta dipacu oleh keberanian moral seluruh masyarakat.

Sehubungan itu, IKRAM mengemukakan analisis dan saranan dasar berikut:

1. Memperkukuh Reformasi Tadbir Urus dan Institusi Negara

Pembinaan negara berintegriti memerlukan institusi yang tegas, telus dan bebas. IKRAM menekankan:

  • Pelaksanaan berkesan Government Procurement Act (GPA) dengan ketelusan maksimum dalam tender, kontrak dan keputusan perolehan.
  • Pengukuhan kebebasan institusi penyiasatan dan pendakwaan agar terhindar daripada pengaruh politik.
  • Reformasi pelantikan kepimpinan awam berasaskan merit, integriti dan kompetensi.
  • Dasar konflik kepentingan yang lebih ketat dan bersepadu merentasi sektor awam dan swasta.

Reformasi institusi perlu dipandang sebagai keperluan negara, bukan sekadar janji polisi.

2. Menyemak Semula Insentif Ekonomi dan Struktur Rasuah

Rasuah terus wujud kerana ganjarannya tinggi dan risikonya rendah. IKRAM menggesa:

  • Ketelusan kewangan dalam projek mega dan perbelanjaan awam.
  • Pemerkasaan amalan “open data governance agar maklumat kontrak dan perolehan boleh diakses rakyat.
  • Penilaian semula ruang budi bicara yang terlalu luas dalam proses pentadbiran.
  • Mekanisme perlindungan pemberi maklumat yang lebih berkesan dan diyakini.

Mengurangkan ruang rasuah bermaksud mengubah insentif yang membolehkannya berlaku.

3. Membina Modal Sosial dan Integriti Generasi Masa Depan

Integriti adalah modal sosial utama negara. Pembentukannya memerlukan:

  • Ekosistem pendidikan yang memupuk budaya amanah, bukan program bersifat kosmetik.
  • Pengukuhan pendidikan sivik, etika dan kepimpinan berasaskan pengalaman untuk pelajar dan belia.
  • Model kepimpinan qawwam: berani, bertanggungjawab dan tidak tunduk kepada kompromi moral.

Generasi muda adalah pewaris tadbir urus masa hadapan; integriti mereka menentukan hala tuju negara.

4. Pengukuhan Peranan Masyarakat Madani dalam Akauntabiliti Negara

Peranan NGO, media, institusi agama, persatuan profesional dan komuniti tempatan adalah kritikal dalam membentuk norma sosial integriti. IKRAM menekankan:

  • Keperluan kerjasama silang sektor untuk pendidikan awam mengenai rasuah.
  • Pembangunan naratif integriti melalui seni, budaya, media dan wacana ilmiah.
  • Pembinaan ekosistem masyarakat yang menolak normalisasi rasuah dan menyokong pengawasan awam.

Negara hanya kuat apabila rakyat berperanan sebagai penyemak imbang yang matang dan berani.

IKRAM menegaskan bahawa integriti bermula daripada tindakan kecil – memilih untuk jujur, menolak rasuah, menghormati amanah dan membuat keputusan benar walaupun tiada siapa melihat. Integriti bukan retorik, tetapi disiplin moral yang menentukan masa depan Malaysia.

Integriti Dibina, Rasuah Binasa.
Jika integriti hidup, negara bangkit.
Jika rasuah ditolak, masa depan generasi akan terpelihara.

 

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
9 Disember 2025

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia