Handala: Dua Rakyat Malaysia Sertai Pelayaran ke Gaza

Handala: Dua Rakyat Malaysia Sertai Pelayaran ke Gaza | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Dua orang peserta daripada MyCARE yang mewakili Malaysia kini sedang menyertai misi pelayaran ‘For the Children of Gaza’ iaitu Hj Mohd Isa Maarof dan Ibrahim Adham A. Khalil.

Ia merupakan satu lagi misi pelayaran yang dilancarkan Freedom Flotilla Coalition (FFC) pada tahun ini selain misi ‘Break The Siege’, yang sedang berlayar menaiki kapal Handala (atau Hanzalah).

Kini, Handala sedang dalam misi pengembaraannya meredah lautan bergelora ke negara-negara di sekitar Eropah demi membangkitkan kesedaran dan meluaskan sokongan untuk rakyat Palestin.

Misi ini memfokus untuk mengangkat isu kesengsaraan kanak-kanak yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis Israel. Sehingga kini, kanak-kanak dan wanita adalah antara korban terbesar di Gaza yang menjadi sasaran pihak musuh. 

Pada tahun 2023, Handala telah singgah di 10 buah pelabuhan di utara Eropah untuk mencabar sekatan ke atas media dan menggesa kerajaan-kerajaan di Eropah agar menghentikan sebarang kerjasama dengan jenayah perang dan pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Zionis.

Tahun ini, Handala sedang berlayar sekali lagi untuk membawa sejuta harapan buat kanak-kanak di Gaza. Berbeza kali ini, Handala akan berlayar terus ke Gaza!

Handala telah berlepas dari Oslo, Norway pada awal bulan Mei lepas. Dalam pengkhabaran terkini, mereka baru sahaja berlepas dari Cork, Ireland menuju ke pelabuhan seterusnya iaitu Brest, Perancis. 

Keadaan laut yang bergelora dan cuaca buruk menyebabkan pelayaran ke London dan Jersey terpaksa dibatalkan. Berdasarkan perancangan asal,  Handala dijadualkan akan berhenti di lebih 20 pelabuhan di Eropah dalam perjalanannya ke Gaza. Jika tiada halangan, Handala dijangka akan tiba di Gaza pada pertengahan Ogos.

Sekiranya misi ‘Break The Siege’ berjaya dilancarkan semula, kebarangkalian untuk konvoi kapal ini bergabung dengan Handala menuju ke Gaza bukan sesuatu yang mustahil.

Sama-sama kita menadah tangan, mendoakan semoga pelayaran misi dipermudahkan, terjamin keselamatan dan mencapai tujuannya.

Sebanyak 50 peratus daripada 2.3 juta populasi di Gaza terdiri daripada kanak-kanak. Sekatan oleh rejim Zionis yang berlarutan selama berdekad-dekad telah meragut hak asasi mereka dalam aspek keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

Sejak Oktober 2023, operasi ketenteraan rejim Zionis telah memusnahkan masa depan sebahagian besar kanak-kanak ini melalui serangan tanpa henti ke atas penempatan awam, penempatan sementara dan sekolah.

Setakat 3 Jun 2024, lebih 15,000 orang kanak-kanak Gaza telah terkorban, manakala yang lain tidak dapat hadir ke sekolah sejak perang bermula.

Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang ke Tabung Misi Flotila ke Gaza boleh klik di pautan berikut; https://mycare.qrd.by/misiflotillagaza.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia