Hampir separuh sembuh COVID-19

Tambah beliau, semalam juga, bilangan kes yang didiscaj (202) adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan (170). Pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,987 kes.

 

“Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,427 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” kata beliau.

 

Sehingga kini, jelasnya, seramai 60 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 33 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

Semalam menyaksikan pertambahan lima (5) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 82 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 global sudah menghampiri 2 juta iaitu 1,997,666 kes dengan 126,597 kematian dan 478,503 sembuh sehingga tengah malam tadi, menurut worldometer.info.

 

Amerika Syarikat mencatat kes kematian tertinggi sebanyak 26,047 diikuti dengan Itali (21,067) seterusnya Sepanyol (18,255), Perancis (15,729) dan United Kingdom (12,107).

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia