Hadapi dengan strategi yang kemas dan efektif

Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen Mothers Against Pornography (MAP) dalam Seminar “Ancaman Pedofilia dan Bahaya Pornografi – Pedulikah Kita?” pada 17 September di Dewan Seri Geliga di sini. 

“Ancaman jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang semakin menular terutama di era siber ini telah mendesak IKRAM untuk membawa pendekatan holistik dan bersepadu.”

Program seumpama ini menurutnya, akan mengumpulkan suara dan anggota masyarakat untuk bergerak menghadapi ancaman ini dengan strategi yang kemas dan efektif berserta kesedaran dan juga ilmu yang jelas tentang ancaman pedofilia.

“Peranan daripada semua pihak amat perlu untuk melindungi kanak-kanak daripada golongan yang tidak bertanggungjawab.”

Beliau berkata, pedofilia adalah satu penyakit psikiatri kecelaruan seksual dalam kalangan orang dewasa terutamanya lelaki yang mengalami kecenderungan dan fantasi seksual secara berulang terhadap kanak-kanak bawah umur baligh yang boleh membawa kepada aksi seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

“Anak-anak perlu dibimbing tentang sentuhan selamat dan tidak selamat seawal lima tahun dan kualiti komunikasi ibu bapa dengan kanak-kanak perlu dipertingkatkan dengan kaedah yang sesuai dengan usia muda begini,” ujar Asmah.
Tambah beliau lagi, golongan pendidik juga perlu mewujudkan hubungan serasi dengan kanak-kanak.

“Ahli masyarakat dan NGO pula perlu prihatin untuk bersama membentuk suasana dan persekitaran yang selamat bagi membina keharmonian masyarakat.”

    

Pelancaran MAP, forum dan sebahagian peserta seminar yang hadir

Dalam perkembangan yang berkaitan, Che Asmah turut bersetuju dengan saranan Ketua Wanita IKRAM Terengganu, Puan Saidah Mamat dalam ucapan aluan beliau bahawa pedofilia dan pornografi ini adalah bahaya senyap dalam sembunyi yang perlu ditangani bersama oleh semua pihak.

“Dengan ini, saya menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) Kanak-kanak (Pindaan) 2015 dilaksana secara menyeluruh dan efektif serta menggalakkan semua agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk bekerjasama dalam Kempen Mothers Against Pornography (MAP) ini.”

Kempen ini tegasnya, perlu dipergiatkan lagi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat sama-sama berazam melakukan sesuatu dan mengembling tenaga dalam menjayakan kempen ini.

Turut tampil berkongsi dalam slot forum program ini adalah Pegawai IPK Pahang, ASP Raja Maznah Raja Ghazali, Pakar Psikiatri Hospital Kemaman, Dr Siti Halimatul Saadiah dan Dr Samsuriani Mohd Jamal, Pengerusi Kempen MAP bagi Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan.

Sekitar 200 orang telah hadir ke seminar ini dan menerusi latihan kepada jurulatih isu ini, Wanita IKRAM Terengganu bersama Wanita IKRAM Kemaman akan mengadakan siri ceramah kesedaran di peringkat sekolah-sekolah seluruh Terengganu.

Majlis ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Wanita IKRAM Terengganu dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman serta agensi kerajaan tempatan dan swasta.

Foto seminar: http://bit.ly/2cHl5uc

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia