Guru perlu menjadi qudwah

Program dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis oleh Muallim Muhammad Samsul Bahari (GPK Hal Ehwal Murid) dan seterusnya bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Ahmad Shirazi Abdul Rashid.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar SRI As-Sa’idiyyah, Muallimah Norhayati Baharum dan ucapan pelancaran oleh Sohibus Samahah Datuk Mufti.

Dalam ucapan pelancaran, SS Datuk Mufti turut berkongsi beberapa tip untuk memupuk budaya membaca.

“Antara perkara yang boleh dilakukan ialah mewujudkan biah (suasana) yang merangsang kita untuk membaca di rumah, sekolah dan pejabat,” ujar beliau di hadapan pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang hadir.

  

Selain itu, beliau menggalakkan supaya diadakan pertandingan membaca bagi meningkatkan motivasi pelajar untuk terus membaca.

“Guru perlulah menjadi qudwah (contoh) terhadap muridnya dengan sentiasa memastikan ada buku yang dibawa dan dibaca sebagai satu usaha untuk menanam minat kepada murid untuk membaca,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, penerbit buku Sumber Hukamak juga turut menyumbangkan beberapa terbitan siri Bayan Linnas oleh Mufti WP kepada pihak sekolah, yang mengandungi penjelasan kepada pelbagai isu dan persoalan semasa.

Dengan pelancaran ini, Muallimah Norhayati berharap usaha ini dapat merangsang dan memotivasikan semua warga As-Sa’idiyyah untuk menyemai budaya ilmu.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli atas kesudian untuk hadir dan merasmikan pelancaran tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia