GRAND 3R semarak semangat remaja berlumba dalam beramal

Objektif utama penganjuran program ini ialah untuk menyemarakkan semangat para remaja agar mempunyai sikap berlumba-lumba dalam beramal di samping memberikan motivasi untuk menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan perubahan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Riang Ria Ramadan, Chit Chat Ramadan, Ramadan Bulan Peduli Ummah, persembahan nasyid oleh kumpulan Zeyad dan Street Dakwah Ramadan.

    

Riang Ria Ramadan dan Chit Chat Ramadan

Dalam slot Chit Chat Ramadan, Imam Muda Asyraf, Daie Azam Al-Kankari dan Dr Aisyah Zainordin (Muharikah) sebagai telah dijemput sebagai panelis Chit Chat pada kali ini. Imam Muda Asyraf banyak berkongsi tips dan nasihat yang beliau perolehi dari para guru beliau, manakala Dr Aisyah banyak berkongsi tip dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Dalam slot Ramadan Bulan Peduli Ummah oleh Bro Aiman, beliau mengupas isu-isu semasa umat Islam di seluruh dunia seperti di Iraq, Syria, Palestin dan Myanmar serta bagaimana negara-negara tersebut terpaksa menyambut ketibaan Ramadan dalam suasana konflik dan kekurangan.

   

Isu ummah oleh Bro Aiman, persembahan kumpulan Zeyad dan Street Dakwah Ramadan

Slot Street Dakwah Ramadan menjadi salah satu aktiviti kesukaan para peserta di mana mereka diminta untuk menemuramah non-Muslim berkenaan bulan Ramadan dan puasa. Pelbagai reaksi dan jawapan yang menari telah diperolehi oleh para peserta sepanjang sesi ini dijalankan. Program ini berakhir dengan solat tarawih berjamaah di Dewan Utama dan bacaan doa sebagai penutup tirai.

Program GRAND 3R ini merupakan salah satu dari program 3R yang dinjurkan oleh IKRAMTeens di mana sepanjang bulan Ramadan ini, IKRAMTeens dijangka melaksanakan kira-kira 70 program 3R ini di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Foto program: http://on.fb.me/1dIYltj

Liputan 3R di Kosmo!: http://bit.ly/1Rhz5Nk

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia