Pakaian musim sejuk untuk anak yatim Syria

SERI KEMBANGAN – Delegasi MyCARE ke Turki telah menyantuni 50 orang anak yatim pelarian Syria dalam misi kemanusiaan Gifts of Smiles 7.0. pada 5 Disember lalu.

 

Program ini bertujuan membeli pakaian musim sejuk untuk anak-anak yatim tersebut di sebuah pusat membeli-belah.

 

“Sebelum itu, kami menjamu anak-anak ini di sebuah restoran sebelum menggembirakan mereka dengan membawa ke tempat permainan arked (arcade games),” kata wakil delegasi.

 

Mereka sangat teruja dan gembira seakan terlupa seketika dengan trauma perang, dan kehidupan seharian mereka.

 

“Yang tidak pernah lihat permainan arked pun ada.”

 

Seterusnya, mereka membawa anak-anak yatim tersebut membeli pakaian musim sejuk.

 

“Pakaian lama mereka pun sudah koyak dan kurang elok,” ujarnya sambil menambah, musim sejuk pula boleh mencecah sampai 1.1°C.

 

Selain itu, sebanyak 900 lira ‘gift card’ telah diberikan kepada mereka bagi membeli persediaan musim sejuk.

 

“Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE dalam Tabung Winter Relief 2021.”

 

Teruskan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di pautan https://mycare.qrd.by/winter atau melalui akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB Islamic 8602135592) dengan rujukan ‘Winter Relief’.

 

Bukti sumbangan boleh dihantar ke Whatsapp di talian 016- 6366369 atau e-mel [email protected].

 

“Ayuh kita sebar luaskan kempen ini kepada kenalan dan saudara mara.”

 

Musim sejuk seringkali menjadi igauan ngeri bagi jutaan pelarian yang tinggal di khemah atau di penempatan yang serba kekurangan.

 

Berikutan itu, pada 5 hingga 8 Disember lalu, Misi Gifts of Smiles 7 diketuai oleh En. A Khalil Khamis bersama 16 orang ahli misi yang lain, telah membawa bantuan musim sejuk bagi pelarian Syria yang berhijrah ke Turki.

 

Turut bersama dalam delegasi itu Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan yang juga Penasihat Rose2Rose.

 

Foto: MyCARE

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia