Gerakan, Didikan Antirasuah Usaha Berterusan

Gerakan, Didikan Antirasuah Usaha Berterusan | IKRAM

SEREMBAN – Mantan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohtar Sani dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Rasuah Busters Negeri Sembilan.

“Perlu ada satu gerakan secara berterusan sepertimana kempen Rasuah Busters dan pada masa sama perlu disokong oleh semua pihak.”

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) Negeri Sembilan berkata, gerakan menangani rasuah tidak akan berjaya jika ia hanya digalas oleh pihak SPRM semata-mata.

“Semasa saya bertugas di SPRM dahulu, saya dilatih untuk basmi rasuah dengan cara menjalankan siasatan dan tangkapan individu yang terlibat rasuah sebelum mendakwa mereka di mahkamah,” jelasnya.

Justeru, menurutnya apa yang dibuat ini adalah satu kesinambungan terhadap usaha SPRM kerana mahu mendidik ini bukan sehari dua, tapi ia perlu berterusan tanpa jemu.

“Meskipun ada pihak yang memperlekehkan usaha dilakukan, namun ia bukan sebab untuk berputus asa.”

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan, Muhammad Ikmal Shamsul Bahrin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Rasuah Busters Negeri Sembilan.

“Pendidikan secara tidak formal berkenaan rasuah perlu dipergiatkan terutama di peringkat golongan belia. Ini kerana kelompok itu yang bakal menjadi pengganti pemimpin masa hadapan,” kata Ikmal.

Beliau berkata, jika gagal mendidik belia dari sekarang untuk menentang rasuah, masa depan negara akan jadi lebih gelap.

“Sebab itu pentingnya pendidikan dan pencerahan soal rasuah dipergiatkan di peringkat belia, bukannya pendidikan secara formal semata-mata.”

Sementara itu, ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Desa Kolej Negeri Sembilan, Zabidi Ahmad dilantik sebagai Setiausaha manakala Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan, Amirasyid Densibali pula sebagai Timbalan Setiausaha.

“Pertama kali saya mendengar kempen rasuah dikendalikan oleh pihak lain yang turut mendapat kerjasama daripada media,” kata Zabidi.

Tambahnya lagi, ia satu pendedahan baharu buat saya kerana biasanya kempen rasuah ini dikendalikan oleh SPRM atau kerajaan.

“Jadi sebagai permulaan, saya akan bawa gerakan ini di peringkat komuniti saya terlebih dahulu dengan harapan ia dapat disebarluaskan di peringkat lebih besar.”

Amirasyid pula menyifatkan gerakan Rasuah Busters merupakan sesuatu yang amat diperlukan oleh negara ketika ini.

“Penubuhan jawatankuasa di peringkat negeri ini satu permulaan baik untuk kita gembleng tenaga menentang rasuah dalam apa jua bentuk di negeri masing-masing,” ujarnya.

Antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang hadir ialah Majlis Belia India Malaysia Negeri Sembilan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Seremban, Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia Negeri Sembilan (Gema) dan Kelab 4×4 Negeri Sembilan.

Turut hadir memberikan sokongan, Exco Persatuan Tadika Islam Malaysia, Prof Madya Dr Hamdan Daniel M Sharib.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia