Tiga produk utamanya yang diterbitkan sempena PTI dan KMS 2015 terjual dengan jumlah di luar jangkaan di mana pakej buku tulisan Ustaz Alias Othman yang menggabungkan tiga buah buku beliau iaitu Akidah Sejahtera, Asas Memahami Ulum Al-Quran dan 8 Ciri Istimewa Islam terjual lebih 400 buah setiap satu judul.
Di samping itu, CD album Satu Perjuangan yang menggabungkan empat buah kumpulan nasyid, Saff One, Zeyad, Fedaa’ dan Muharrik terjual hampir 1,000 unit manakala T-Shirt PTI yang dicetak sebanyak 300 unit telah habis terjual.
Pengurus Besar, RHSB Hj Wan Mohd Zukri mempamerkan tiga buah buku promosi dan kumpulan Zeyad sedang mempromosi CD album
Tiga buah buku Ustaz Alias Othman yang dinyatakan serta album CD Satu Perjuangan telah dilancarkan dalam sebuah slot khas RHSB dalam PTI. Kumpulan nasyid Zeyad telah mewakili seluruh team produksi dengan mendendangkan salah sebuah lagu dalam album tersebut yang berjudul Nahnu Ansarullah.
Terkini, RHSB turut menawarkan diskaun hingga 30% bagi mereka yang membeli lima set buku karangan Ustaz Alias Othman dan lima unit CD album Satu Perjuangan di mana tawaran diskaun ini terbuka hingga 20 November 2015. Untuk tempahan, sila layari http://bit.ly/1Q347XE
Syarikat RHSB yang ditubuhkan pada bulan Oktober 2014 berperanan untuk menerbitkan buku-buku, cenderamata IKRAM dan institusi serta agensinya. Risalah Harmoni Sdn Bhd (RHSB) boleh dihubungi melalui talian 019-257 4827, email admin@risalahharmoni.com dan portalnya www.risalahharmoni.com.