Geng motosikal sokong kempen anti rasuah

 Program yang turut disokong IKRAM Putrajaya dan Sinar Harian dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini bakal diserikan dengan konvoi motosikal dari Pusat Komuniti IKRAM Putrajaya ke Ibu Pejabat SPRM.

 

Kempen ini bertujuan untuk meneguhkan kesedaran umum untuk bersama membina negara yang bebas rasuah serta mengikat kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan dalam menyemat minda hidup tanpa rasuah.

 

Selain itu, ia dapat mendekati masyarakat secara organik melalui hobi dan aktiviti sukan serta membina sahsiah masyarakat dengan jati diri berintegriti serta bermaruah.

 

“Program Kempen Anti Rasuah ini adalah cetusan daripada kesedaran MIB untuk bersama membangunkan negara yang bebas daripada rasuah.”

 

“Melalui kapasitinya sebagai sebuah kelab permotoran, MIB yakin dapat mendekati masyarakat secara lebih organik dan berterusan,” kata Setiausaha Program, Mohd Kamal Ariffin Bunyamin.

 

Menurutnya, kempen ini akan menggunakan pendekatan yang santai kepada masyarakat melalui permotoran dan juga aktiviti sukan serta aktiviti outdoor yang lain seperti sukan berbasikal.

 

“Risalah akan diedarkan kepada masyarakat sambil menjalankan aktiviti sukan dan kempen ini juga akan memanfaatkan fasiliti media sosial serta saluran siaran langsung dan tertunda untuk menyampaikan maklumat pendidikan kepada kumpulan yang disasarkan.”

 

Diadakan di sekitar Putrajaya, antara program yang dirancang dalam kempen ‘Rasuah Busters Outreach’ ini ialah Pagi Ahad Tak Tidur (Berbasikal/Joging), Outreach Surau (Ceramah kesedaran oleh Asatizah IKRAM, SPRM), Outreach pelajar di IPT melalui Belia Harmoni, Outreach pelajar sekolah menengah melalui IKRAMTeens, Outreach Wanita bersama Wanita IKRAM Putrajaya dan Outreach Media melalui FB Live oleh IKRAM Putrajaya dengan kerjasama dengan SPRM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia