Gempa Bumi Di Nepal: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti perkembangan tragedi gempa bumi yang melanda negara Nepal. Gempa ini telah meragut lebih 3,200 nyawa sehingga kini.

IKRAM sangat bersimpati serta mengucapkan takziah kepada kerajaan serta seluruh rakyat Nepal.

IKRAM juga peka dengan situasi yang dihadapi rakyat Malaysia di sana dan mendoakan keselamatan dan ketenangan buat mereka.

IKRAM mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas tindakan pantas penghantaran bantuan serta usaha mengeluarkan rakyat Malaysia dari Nepal ke kawasan selamat.

IKRAM melalui institusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sedang memantau perkembangan di Nepal secara berterusan bagi mengenalpasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan dalam masa terdekat.

IKRAM menyeru seluruh ahlinya dan rakyat Malaysia amnya, agar mendoakan kesejahteraan semua mangsa yang terlibat serta menyelamatkan rakyat Malaysia yang masih berada di sana.

Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus

Timbalan Presiden &
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia