Gelombang jangkitan Omicron melanda negara

SERI KEMBANGAN – Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara terus meningkat kepada 1.27 berikutan lonjakan kes positif Covid-19 baru-baru ini.

 

“Sabah mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.47 diikuti Perlis (1.40) dan Sarawak (1.30),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi data yang dikongsikannya.

 

Manakala, Labuan, Putrajaya, Kedah masing-masing 1.25, Johor (1.22), Selangor (1.21), Pahang (1.20), Pulau Pinang (1.20), Melaka (1.16), Perak (1.15), Kelantan (1.11) dan Kuala Lumpur (1.10).

 

“Nilai Rt adalah kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan.”

 

Contohnya, jika nilai Rt 2.2 bermaksud, 10 kes positif boleh menjangkiti 22 individu lain dalam tempoh kebolehjangkitan.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 10,089 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad.

 

“Peningkatan ketara itu berikutan negara memasuki gelombang jangkitan varian Omicron.”

 

Berikutan itu, sembilan kematian baharu akibat Covid-19 pada Ahad.

 

“Daripada jumlah tersebut, dua kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).”

 

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,034 orang daripada lebih 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

 

“Terdapat sebanyak 69,572 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan seramai 60,999 individu dikuarantin di rumah manakala 4,474 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

 

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 3,962 kes dirawat di hospital dan 137 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

 

Kes ICU pula membabitkan 66 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 71 lagi memerlukan mesin ventilator.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia