Gaza: Gencatan Senjata Hamas-Israel Tercapai

Gaza: Gencatan Senjata Hamas-Israel Tercapai | IKRAM

Selepas 46 hari peperangan sengit antara Hamas dan Israel sejak 7 Oktober 2023, kesepakatan tercapai untuk adakan gencatan senjata selama empat hari, menurut pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Luar Qatar. 

Kerajaan Qatar dan Mesir bersama Amerika Syarikat menjadi pengantara di antara kedua-dua pihak tersebut. Masa permulaan gencatan senjata akan diumumkan dalam tempoh 24 jam

Statistik angka korban penduduk Gaza setakat 21 November yang lalu telah menyaksikan 13,300 kematian yang melibatkan 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita. Seramai 30,000 orang mengalami kecederaan dan ribuan lagi tertimbus dibawah runtuhan. 

Bantuan kemanusiaan sukar digerakkan akibat sekatan dan intensiti pengeboman yang tinggi daripada pihak Israel yang bertanggungjawab atas peningkatan jumlah mangsa perang.

Dalam pada itu, sehingga kini rejim Zionis masih meneruskan keganasan pada penduduk Palestin di Tebing Barat dan melakukan pengeboman di Gaza.

Syarat-syarat perjanjian gencatan senjata adalah seperti berikut:

1. Gencatan senjata adalah bagi kedua-dua pihak termasuk pemberhentian semua tindakan ketenteraan oleh pasukan Zionis di semua kawasan di Semenanjung Gaza dan pemberhentian pergerakan kenderaan tentera Zionis yang menembusi hingga ke Semenanjung Gaza.

2. Kemasukan trak bantuan kemanusiaan, bantuan perubatan dan bahan api ke semua kawasan di Semenanjung Gaza tanpa pengecualiaan kawasan di utara atau selatan.

3. Pembebasan 50 wanita dan kanak-kanak tahanan Israel (di bawah umur 19 tahun) dari penjara Israel sebagai pertukaran untuk pembebasan 150 wanita dan kanak-kanak (di bawah umur 19 tahun) tawanan Palestin, bergantung pada keadaan.

4. Israel perlu menghentikan semua trafik udara ISrael di selatan selama 4 hari.

5. Israel perlu menghentikan semua trafik udara di utara selama 6 jam sehari, dari 10 pagi hingga 4 petang.

6. Sepanjang tempoh gencatan senjata, pihak Israel harus komited untuk tidak menyerang atau menangkap mana-mana rakyat Palestin di seluruh Semenanjung Gaza.

7. Rakyat Palestin harus dipastikan dapat bergerak bebas (dari utara hingga ke selatan) di sepanjang Jalan Salah El-Din.

Gencatan senjata akan membolehkan kemasukan lebih banyak konvoi bantuan kemanusiaan, termasuk keperluan bahan api untuk penduduk Gaza. 

Sumber: https://t.me/terkinipalestin 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia