Gaza: 15 Fatwa Oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia

Gaza: 15 Fatwa Oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia | IKRAM

Fatwa Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Berkenaan “Penerusan Serangan ke atas Gaza dan Penamatan Gencatan Senjata”

Tarikh: 28 Ramadan 1446 H (28 Mac 2025 M)

Segala puji bagi Allah, yang menghinakan para penzalim, menolong golongan yang lemah, meneguhkan para mujahidin, melindungi hamba-hamba-Nya yang beriman, menjaga para wali-Nya yang soleh, membinasakan para penguasa yang zalim dan memilih para syuhada daripada kalangan umat Islam.

Selawat dan salam ke atas pemimpin para mujahidin, rahmat Allah bagi seluruh alam serta ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dengan penuh kesedihan mengikuti perkembangan serangan kejam yang berterusan ke atas saudara-saudara kita di Gaza.

Jumlah syahid telah melebihi 50,000 orang sejak serangan bermula. Rejim penjajah telah mengkhianati perjanjian gencatan senjata, sebagaimana kebiasaannya melanggar perjanjian dengan Allah, para rasul dan makhluk-Nya.

Mereka meneruskan pembunuhan beramai-ramai secara sistematik terhadap saudara-saudara kita di Gaza dengan sokongan kerajaan Amerika Syarikat, yang masih menyalurkan bom pemusnah dan senjata kepada rejim Zionis, dalam keadaan dunia Arab berdiam diri dan negara-negara Islam mengabaikan tanggungjawab mereka.

Maka, sebagai memenuhi amanah ilmu yang diwajibkan oleh Allah ke atas para ulama, Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa menegaskan hukum-hakam syarak berkenaan isu ini seperti berikut:

1. Kewajipan Jihad

  • Jihad melawan rejim Zionis dan sekutu mereka adalah wajib ke atas semua umat Islam, dengan keutamaan bagi rakyat Palestin, diikuti oleh negara jiran (Mesir, Jordan dan Lubnan) serta seluruh negara Arab dan Islam.
  • Kewajipan jihad bersenjata juga terletak pada setiap Muslim yang mampu.
  • Kerajaan-kerajaan Islam wajib mengambil tindakan segera dari sudut ketenteraan, ekonomi dan politik untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini.

 

2. Haram Membantu Musuh

  • Haram sama sekali memberi bantuan kepada musuh dalam bentuk apa pun, termasuk menjual senjata, membenarkan penghantaran senjata melalui laluan darat, laut atau udara.
  • Wajib bagi negara-negara Islam mengepung rejim Zionis secara darat, laut dan udara bagi membantu saudara-saudara kita di Gaza.

 

3. Haram Menyokong Zionis dalam Apa Jua Bentuk

  • Dilarang membekalkan Zionis dengan minyak, gas, makanan dan minuman, terutama ketika rakyat Gaza kelaparan.
  • Sesiapa yang membantu Zionis dengan niat memusnahkan perjuangan Islam dianggap telah murtad.

 

4. Keperluan Menubuhkan Perikatan Ketenteraan Islam

  • Negara-negara Islam mesti membentuk satu pakatan ketenteraan untuk melindungi tanah Islam dan mempertahankan maruah umat.

 

5. Semakan Semula Perjanjian dengan Zionis

  • Negara Islam yang mempunyai perjanjian dengan Zionis perlu menyemak kembali perjanjian tersebut dan mengenakan tekanan kepada musuh.

 

6. Kewajipan Jihad dengan Harta

  • Setiap Muslim yang berkemampuan wajib berjihad dengan harta mereka bagi membantu perjuangan dan mempertahankan umat Islam di Gaza.

 

7. Pengharaman Normalisasi dengan Zionis

  • Normalisasi hubungan dengan Zionis dalam apa jua bentuk adalah haram dan wajib dihentikan segera.

 

8. Tanggungjawab Ulama

  • Para ulama wajib menyuarakan kebenaran, menyeru kepada jihad dan mendesak pemimpin negara Islam untuk bertindak.

 

9. Boikot Zionis dan Sekutunya

  • Umat Islam wajib memboikot Zionis secara politik, ekonomi, budaya dan saintifik.

 

10. Tekanan terhadap Amerika Syarikat

  • Umat Islam di AS mesti menekan kerajaan mereka untuk menghentikan sokongan terhadap Zionis.

 

11. Boikot Syarikat Penyokong Zionis

  • Umat Islam perlu meneruskan boikot syarikat yang menyokong Zionis, terutamanya yang membekalkan senjata.

 

12. Bantuan Kemanusiaan ke Gaza

  • Umat Islam wajib membantu rakyat Gaza dengan ubat-ubatan, makanan, pakaian dan keperluan asas.

 

13. Penyatuan Umat Islam

  • Perpecahan dalam kalangan umat Islam, termasuk di Palestin, mesti dihentikan segera.

 

14. Qunut Nazilah dan Doa

  • Umat Islam diseru untuk melaksanakan Qunut Nazilah dalam solat dan berdoa untuk rakyat Gaza.

 

15. Penghargaan kepada Negara dan Individu yang Membantu Gaza

  • Jawatankuasa mengucapkan terima kasih kepada negara, organisasi dan individu yang menyokong Gaza melalui sebarang bentuk bantuan atau menegakkan kebenaran di peringkat antarabangsa.

 

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia

Amanah Jawatankuasa:
Prof. Dr. Fazl Abdullah Murad

Pengerusi Jawatankuasa:
Prof. Dr. Ali Mohiuddin Al-Qaradaghi

Diterjemah dan disiarkan kembali oleh:
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia)

Nota: Pohon ‘share’ fatwa ini untuk manfaat umat Islam serta sebagai tanda sokongan terhadap sahabat-sahabat kita di Gaza.

Sumber asal: https://iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=38808

FB: Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia – Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia