Gaya hidup tidak sihat punca diabetes, denggi – Dr Hafidzah

Beliau menjelaskannya ketika berkongsi pengalaman dalam Forum Komuniti Keluarga Bahagia di Pantai Sri Tujuh Resort di sini yang membicarakan tentang lima teras keluarga bahagia iaitu kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, ilmu dan harmoni.

“Adakah keluarga kita sihat dan selamat? Sudahkah kita mengamalkan gaya hidup sihat?” soal beliau kepada hadirin forum yang diadakan pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya yang juga ahli panel dalam forum berkenaan, jika dilihat daripada dua indikator (denggi dan diabetes), kadar diabetes (penyakit tidak berjangkit) makin meningkat sehingga 20% atau seorang dalam setiap lima warga Malaysia ialah pesakit diabetes.

“Mereka berisiko dua hingga empat kali ganda untuk mendapat serangan jantung dan lima kali ganda mendapat strok.”
Tegas Dr Hafidzah, puncanya adalah mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu termasuklah faktor kegemukan dan makan makanan yang manis.

“Denggi (penyakit berjangkit) yang meningkat tahun demi tahun, puncanya adalah kerana sikap pengotor dan tidak menjaga kebersihan.”

Justeru tambah beliau, jalan penyelesaiannya adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu dengan mengamalkan pemakanan seimbang, kesihatan sosial yang ada batasan, tabiat harian yang baik iaitu bersih, menjauhi rokok dan dadah, memupuk minda sihat, menangani stres dan bersenam.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan kepada semua agar melakukan pemeriksaan secara berkala.

“Moga kita semua berjaya membina keluarga yang sihat dalam menuju Malaysia Negara Rahmah.”

Turut bersama sebagai panel dalam Forum Komuniti Keluarga Bahagia ini ialah pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr Mohd Zarawi Mat Nor dan Ustaz A. Mazlan Ibrahim yang dikendalikan oleh moderator Ustaz Tuan Anuwa Tuan Mat.

Forum tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kelantan bersama warga kakitangan Angkatan Pertahanan Awam dan komuniti seliaan Jabatan Perpaduan Negara.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia