Gah di samudera menuju Gaza

“Polis marin Itali datang ke kapal dan bertanya beberapa soalan dan kami dibenarkan berlabuh di sini. Alhamdullillah,” kata ahli misi WBG, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Meskipun kapal Amal-Hope yang membawa Pn Norsham Abu Bakar mengalami masalah teknikal dan tidak dapat meneruskan pelayaran, ia tidak mematahkan semangat untuk Zaytouna-Olive yang membawa Dr Fauziah meneruskan misi menuju Gaza.

Walau bagaimana pun, Pn Norsham dapat turut serta dalam pelayaran ini dengan menaiki kapal Zaytouna-Olive bersama Dr Fauziah semasa berlepas dari Ajjacio.

  

Kapal Zaytouna-Olive semasa tiba di Ajjacio dan ahli-ahli misi WBG sebelum berlepas ke Itali

Pelayaran dari Barcelona yang dilaporkan tertangguh selama lebih 48 jam sebelum mendapat kebenaran pihak berkuasa maritim, menyaksikan ahli misi seramai 13 orang berjaya tiba di Ajjacio walaupun dengan pelbagai dugaan.

Ahli misi menghadapi cabaran ombak tinggi, keadaan kapal yang terhuyung-hayang, pergerakan anak kapal yang sangat terhad, penggunaan tenaga yang banyak untuk mengharungi ujian di lautan dan masalah kesihatan.

Sepanjang pelayaran, ahli misi yang kurang sihat akibat mabuk laut turut mendapat rawatan daripada Dr Fauziah yang berperanan sebagai pakar perubatan dalam misi tersebut. 

Sama-sama kita doakan pelayaran seterusnya berjaya tiba di Gaza pada 1 Oktober 2016 nanti, insya-Allah. Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan sepanjang pelayaran, sila layari FB Rose2Rose.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia