Gagasan Negara Rahmah perlu dipertahankan – Anis Matta

Beliau menyokong gagasan ini atas beberapa faktor antaranya populasi umat Islam yang sangat besar di kawasan Asia Tenggara yang merupakan antara kawasan paling aman di dunia.

“Kerana itu, pemahaman-pemahaman yang harus kita sebarkan ini adalah pemahaman yang berorientasi pada membangun masyarakat Asia Tenggara yang lebih damai yang menunjukkan bahawa Islam ini adalah faktor utama dari keamanan di kawasan ini,” jelas beliau.

Tambah beliau, keamanan di kawasan ini perlu dipertahankan kerana ia adalah basis untuk membangunkan masyarakat Islam yang lebih maju pada kemudian hari.

“Menurut saya, kita bisa berbicara atas nama Islam secara lebih bebas manakala kita menunjukkan Islam yang membawa kedamaian ini pada masyarakat kita,” ujar Ustaz Anis tentang faktor kedua gagasan Negara Rahmah perlu disokong.

Ini kerana masuknya Islam ke kawasan ini berbeza dengan masuknya Islam di kawasan-kawasan lain dunia Islam dan bagi beliau, Asia Tenggara satu-satunya kawasan di mana Islam masuk ke kawasan ini tanpa perang.

Faktor ketiga, beliau menjelaskan, masyarakat di Asia Tenggara ini atau masyarakat Nusantara secara umum adalah masyarakat yang ‘moderate by nature’ iaitu moderat pada dasarnya, pada tabiatnya.

“Dan kerana itu semua gerakan yang ekstrem tidak punya tempat di kawasan ini,” tambah beliau lagi.

Beliau menyatakan bahawa gerakan Islam seperti PKS di Indonesia turut mempromosikan Islam yang moderat dan terbuka.

“Dan saya kira juga, Islam di Malaysia dipromosikan juga oleh IKRAM dengan cara yang sama (moderat),” kata beliau.

Kata Ustaz Anis lagi, kita ingin menyebarkan pemahaman Islam yang moderat ini kerana inilah Islam yang sebenarnya, yang juga sekaligus serasi dengan karakter dan budaya masyarakat Nusantara.

Beliau menjadi tetamu kehormat untuk memberikan ucapan khas dalam Perhimpunan Ahli Teras (PAT) IKRAM 2015 pada Sabtu lalu di Universiti Putra Malaysia, yang turut diiringi beberapa anggota rombongan PKS.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia