Forum Harmoni Fahami Tiga Agama

Forum Harmoni Fahami Tiga Agama | IKRAM

PETALING JAYA – Hidayah Centre Foundation (HCF) telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan sebuah program Forum Harmoni bertajuk ‘Celik Adat, Budaya dan Agama’ di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, di sini pada Sabtu lalu.

Forum Harmoni kali ini membincangkan adat, budaya dan agama daripada agama Islam, Buddha dan Hindu, yang bertujuan mewujudkan kefahaman dan keharmonian sebagai rakyat Malaysia.

Dikendalikan oleh Pengarah Outreach HCF, En. Noli Husain sebagai moderator, seramai 60 orang peserta telah menyertai dan memeriahkan forum ini termasuk daripada kalangan Muslim, dan juga bukan Muslim.

Ahli-ahli panel jemputan Forum Harmoni ialah Dr Hj Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH), En. Tan Leng, Setiausaha Agung Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM) dan En. Thurai Chantheran, Ketua Bahagian Silang Agama Malaysian Organisation for Hindu, Knowledge, Science, Heritage & Arts (MOHKSHA).

Forum harmoni ini adalah salah satu inisiatif untuk menunjukkan bahawa tidak kisah bangsa dan agama, kita masih boleh bersama dan seterusnya menjaga hubungan baik dalam kehidupan masyarakat majmuk yang berbilang kaum..

Dalam pada itu, Masjid Tun Abdul Aziz juga dengan kerjasama HCF akan menganjurkan Mosque Open Day (MOOD) pada Sabtu ini, 10 Disember bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. 

Semua masyarakat sama ada Muslim atau bukan Muslim dijemput hadir memeriahkan pelbagai aktiviti menarik antaranya pemeriksaan kesihatan, derma darah, Masjid Tour, Hijab Corner, Pasar Sekupang dan pelbagai lagi.

Lebih menarik, sarapan dan makan tengah hari disediakan kepada para pengunjung. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pn. Faz (012-6029003), Bro Redha (019-4204368) atau Cik Ain (010-9145482).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia