Flashmob ‘jenazah’ sedarkan bahaya rokok, vape

Ia adalah sebahagian daripada program 3R bertemakan “Shinzo No Kusuri” yang bermaksud “Ubat Hati” yang telah berlangsung pada 10 dan 11 Jun lalu di Masjid Kampung Raja Uda anjuran IKRAMTeens Klang dengan kerjasama pihak masjid.

Program yang disertai seramai 94 orang remaja di sekitar kawasan Klang ini dimulakan dengan bacaan al-Quran, ucapan pengarah program dan seterusnya ucapan Nazir Masjid Kampung Raja Uda, Haji Ismail Arsat.

Menurut Pengarah Program, Bro. Azri, tema yang dipilih bermaksud untuk menekankan aspek pembersihan hati serta memperkenalkan cara mengubati hati berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah melalui slot-slot pengisian yang telah disampaikan oleh para penceramah.

    

Ucapan Nazir Masjid dan slot The Friends Beside Me

Pelbagai acara menarik disediakan untuk para peserta antaranya The Friends Beside Me, Medicine for Our Heart, Bedah Filem, Flash 4 Ummah, Night of Muttaqin dan Taqwa Hunters.

Dalam slot Flash 4 Ummah, peserta turut diberi peluang mendekati masyarakat sekitar melalui persembahan flashmob yang bertujuan memberi kesedaran tentang bahaya rokok dan vape, dan sebagai tanda sokongan terhadap kempen Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR).

    

Slot Medicine for Our Heart oleh IKRAM Health, latihan dalam kumpulan dan flashmob

Tambah Azri, program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah digariskan, malah para peserta juga telah memberikan maklum balas yang sangat positif mengenai program 3R kali ini.

Sehubungan dengan itu, IKRAMTeens Klang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Masjid Kampung Raja Uda atas kerjasama mantap yang telah diberikan, begitu juga kepada para fasilitator dan peserta yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang 3R berlangsung.

Semoga Allah menerima segala amal kita di bulan Ramadan yang mulia ini dan semoga bertemu lagi dalam program-program IKRAMTeens yang akan datang, insyaAllah.” 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia