Filem pendek: Tawaran hadiah hingga RM7,000

Hadiah berupa wang tunai hingga RM7,000 ditawarkan kepada sembilan pemenang. Pertandingan ini terbuka untuk semua dengan pemenang pertama akan meraih RM3,000, pemenang kedua RM2,000 dan pemenang ketiga RM1,000.

Selain itu, pertandingan ini turut menawarkan hadiah saguhati RM100 kepada lima pemenang dan hadiah khas bagi filem pendek paling banyak ‘like’ di Facebook TV.IKRAM berjumlah RM500.

“Antara langkah penyertaan pertandingan ialah mereka perlu ‘like’ Facebook TV.IKRAM, hasilkan filem pendek dan muat naik filem tersebut di saluran YouTube masing-masing.” kata pengarah pertandingan, Mohamad Hanif Fadzil.

Filem pendek tersebut mestilah berdurasi tiga hingga lima minit bertemakan salah satu daripada 12 ciri Negara Rahmah. Ciri-ciri Negara Rahmah boleh didapati di pautan https://ikram.org.my/berita-2/pengenalan.html

“Daripada pautan YouTube yang diberi, penganjur akan memuat turun video tersebut dan memuat naik semula di Facebook TV.IKRAM untuk dipaparkan pada 18 Ogos hingga 27 Ogos bagi penilaian penonton (hadiah khas) dan juri,” ujar Hanif.

Berkenaan juri, jelasnya, penganjur sudah memilih tiga orang juri profesional untuk menilai semua filem pendek yang dihantar.

“Antara yang dinilai juri adalah berdasarkan persembahan, teknik penggambaran, mesej yang hendak disampaikan dan kreativiti peserta.”

Katanya lagi, jika filem itu sudah dimuat naik di YouTube, peserta boleh terus mendaftar di pautan http://bit.ly/shortfilmrahmah dan mengisi info berkaitan dan pautan YouTube dalam borang tersebut.

Untuk maklumat, sila layari Facebook TV.IKRAM di pautan berikut: https://www.facebook.com/tvikram.my/

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia