Fikir positif, emosi positif

“Jadi kita perlulah mempositifkan pemikiran kita dulu kerana ia yang akan mewujudkan perasaan itu dalam diri,” jelas beliau dalam Kursus Komunikasi dan Emosi anjuran Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia Ibu Pejabat IKRAM.

Kursus yang yang diadakan untuk kakitangan dan agensinya telah berlangsung pada 17 Julai lalu di Dewan Utama Ibu Pejabat IKRAM di sini, bertujuan memberi pendedahan kepada cara berkomunikasi yang efektif dan pengurusan emosi yang baik.

“Sebenarnya, kita boleh mengurus emosi sendiri kerana kita adalah raja kepada emosi dan bukan emosi yang raja pada diri kita,” tambah Azlina yang bertugas di Pusat Psikologi dan Rehab Atfal Jannah, dan Andorra Women’s and Children Hospital.

Dalam penyampaiannya itu, beliau mengingatkan bahawa segala tentang hidup ini, Allah SWT yang tentukan.

“Maka, janganlah kita kawal perkara yang tidak boleh dikawal diri kerana kebanyakan manusia akan menjadi stres apabila dirinya cuba mengawal perkara yang tidak boleh ia kawal,” jelas Azlina di hadapan peserta kursus.

Beliau yang juga konsultan psikologi klinikal pelawat bagi Hospital Pakar An Nur berkata, setiap perasaan akan membawa kepada perbuatan yang mana seterusnya akan jelas di riak muka iaitu stres.

“Sebagai contoh, suami yang nak kawal isteri, isteri yang nak kawal suami: Awak pergi mana? Balik pukul berapa? Kenapa balik lambat? Keluar dengan siapa?” demikian jelasnya ketika memberi contoh, bagaimana persoalan sedemikian boleh menimbulkan stres.

Dalam pada itu, beliau berkata kerana perbuatan diri akan mencetuskan kegelisahan, kemarahan walaupun berada dalam mesyuarat.

“Ketika perbuatan kita tenang, maka perasaan kita akan merasai demikian juga. Oleh yang demikian, kita perlu berusaha menenangkan diri kita walaupun kita ada masalah.”

Tambahnya lagi, sebaiknya dilakukan ialah fikir dengan tenang bagaimana ingin menyelesaikan masalah yang ada itu.

“Kerana gagal menguruskan emosi itulah akan mewujudkan banyak masalah,” tegas Azlina lagi.

Sebagaimana katanya, sebenarnya setiap manusia perlu mengenal emosi dirinya dengan baik agar dapat mengemudinya dengan cemerlang.

Katanya, menguruskan emosi yang baik bermula dengan akhlak yang baik sebagaimana friman Allah dalam surah al-Kahf ayat 49 yang bermaksud:

“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya”; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada sesiapa pun.”

Justeru, perlulah setiap insan mengharapkan agar Allah mencatatkan yang baik-baik untuk diri.

“Kalau kita fikirkan kelebihan kita, kita akan fikirkan bagaimana ingin menyumbang. Dan jika kita fikirkan kelemahan, semua orang ada kelemahan, namun jika kita sibuk memikirkan kekurangan kita, memang kita takkan buat apa-apa.”

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar kekurangan itu perlu difikirkan sebelum tidur iaitu muhasabah sebagai satu usaha memperbaiki diri dan minta keampunan kepada Allah.

“Jika tiba-tiba merasa emosi kita terganggu, tarik nafas dan lepaskan secara perlahan-lahan, seterusnya istighfar,” demikian saranannya.

Kursus yang diadakan setengah hari itu memberikan maklum balas yang baik daripada peserta.

“Semoga ilmu yang diperolehi daripada kursus dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan dalam melaksakan tugasan kerja,” kata Eksekutif Sumber Manusia Ibu Pejabat IKRAM, Izzan Nasuha Amran.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia