“Page Aqsa Syarif di ‘unpublished’ seketika kerana serangan daripada penyokong Zionis Israel yang membuat ‘false report’ dan penapisan kandungan berkenaan Palestin oleh pihak Facebook,” kata MyCARE.
Laman yang memiliki lebih 700,000 likers itu telah diserang oleh penyokong-penyokong Zionis Israel sejak beberapa bulan yang lalu.
“Mereka cuba menyekat kami untuk menyampaikan info dan fakta mengenai Palestin kepada orang ramai.
“Kami telah menghasilkan pelbagai buku, artikel dan video agar kebenaran sampai kepada semua, tetapi ada pihak merasa tidak senang dengan hal itu.”
Menurutnya, mungkin penyokong-penyokong Zionis Israel sedang bersorak gembira atas kemenangan ini.
“Namun, kita perlu buktikan suara Palestin tidak akan padam! Sebarkan kepada orang ramai,” tegasnya.
Di samping sedang berusaha mendapatkan semula laman asal Aqsa Syarif, MyCARE telah menubuhkan laman Facebook Aqsa Syarif 2.0 sebagai alternatif untuk mendapatkan info terkini mengenai Palestin.
Sila ‘like’ laman Facebook Aqsa Syarif 2.0 di pautan https://www.facebook.com/theaqsasyarif/ dan ‘share’ kepada seramai yang mungkin.