Fawwaz juara Nasyeed All Stars

Membawakan lagu ‘Bakti’, kumpulan tujuh anak muda itu menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000, hamper, trofi dan sijil penyertaan.

Sementara itu, hadiah khas dalam kategori Lagu dan Lirik Terbaik dimenangi kumpulan Putra Nahwan dan kategori Vokal Kumpulan Terbaik diraih kumpulan nasyid wanita, SG Zara.

Naib juara pula dimenangi kumpulan Laskar Khalifa, tempat ketiga Voice of Brothers, keempat SG Zara dan kelima Putra Nahwan.

Hadiah pertandingan nasyid yang bertemakan ‘Islam Rahmatan Lil Alamin’ ini disampaikan oleh Pengerusi Penerangan dan Perhubungan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Nahar Md Nor.

    

Persembahan Fawwaz, Laskar Khalifa dan Voice of Brothers

Pertandingan nasyid ini dianjurkan bersama Saff One Management, Lembaga Zakat Malaysia, IKRAM, IKRAMedia dengan kerjasama Evo Mall, Naji Trading, Koko Saff One, Aqifays dan disokong oleh Munsyid Malaysia.

Menurut Pengarah Nasyeed All Stars, Mohd Qhalid Ab Hafiz, sambutan penyertaan nasyid yang julung kali ini diadakan adalah di luar jangkaan yang disertai pelajar sekolah menengah, mahasiswa IPT dan belia.

  

Persembahan Putra Nahwan dan SG Zara

“Kita hanya terima 17 penyertaan. Walaupun banyak lagi kumpulan yang ingin sertai, kita terpaksa tolak,” jelasnya.

Hakim pertandingan terdiri daripada tiga orang iaitu Fuzaimi (Saff One), Akmal (Mirwana) dan Kojem (Nowseeheart).

Nasyeed All Stars turut dimeriahkan dengan persembahan khas Saff One, Damai & Friends dan Rabithah serta persembahan jemputan oleh The Rhythm Force (Stompers) dari Kolej Komuniti Hulu Langat yang menggunakan bahan-bahan kitar semula sebagai alat muzik.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia