Fatwa mesti sesuai diamalkan masyarakat

Demikian titah Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam ucapan perasmian Seminar Fiqh al-Waqi’ (Fiqh Realiti) di Malaysia yang berlangsung di sini pada pagi semalam.

“Peredaran masa dan zaman membawa kepada kita 1001 cabaran. Sebahagian umat Islam cuba mencari penyelesaian daripada sumber al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

“Malangnya sebahagian daripada usaha ini hanya mengambil secara terus segala kata-kata dan tindakan baginda tanpa melihat kepada faktor-faktor yang turut memberi kesan kepada kalam atau perbuatan baginda SAW tersebut,” titah baginda yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Antara faktor terpenting, menurut baginda lagi, ialah faktor kebudayaan setempat, perubahan tempat dan faktor zaman. Tanpa mengambil kira faktor-faktor ini, ia dibimbangi akan mengeruhkan lagi keadaan yang memerlukan penyelesaian yang baik dan berhikmah.

“Banyak perkara yang bersifat cabang dan bukan prinsip dalam Islam berubah jika terdapat tuntutan konteks yang baharu. Kesemua kaedah yang diekstrak daripada al-Quran dan sunnah tidak mengambil bulat-bulat secara zahir teks nas yang ada. Kaedah inilah pada hakikatnya yang mampu menyelesaikan masalah ummah.”

Baginda berharap agar para hadirin mendapat pencerahan, seterusnya melihat betapa dinamiknya agama Islam dalam menjaga objektif utamanya iaitu mendatangkan manfaat maksimum dan menjauhkan mudarat kepada seluruh manusia sama ada yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam.

Turut hadir dalam seminar berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dato Dr Mujahid Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Mufti Negeri Perlis Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Presiden Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Majlis yang berlangsung di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya itu dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama MAIPS, Jabatan Mufti Perlis dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kredit foto: Jabatan Mufti Perlis

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia