Fahami ilmu Maqasid Syariah, bangunkan Malaysia Negara Rahmah

Menurut Pengarah Konvensyen Maqasid Syariah (KMS 2015) Hj Shahrul Aman Mohd Saari, memahami Maqasid Syariah boleh mengelakkan kita daripada terperangkap dalam perkara-perkara furu’ (cabang) yang sering membawa kita terkeluar daripada landasan pemikiran dan perjuangan yang pokok. 

“Dalam usaha kita membangunkan Malaysia Negara Rahmah, memahami selok-belok yang berkaitan Maqasid Syariah adalah antara perkara penting yang perlu ditekankan,” ujar beliau dalam Sidang Media KMS 2015 di ibu pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di sini semalam.

Katanya, Maqasid Syariah ini sangat penting sebagai satu neraca yang perlu diterapkan dalam negara untuk memastikan bahawa asas kepada apa-apa yang ingin ditegakkan, haruslah berpandu kepada Maqasid Syariah yang mengutamakan enam perkara sebagai maksud atau tujuan iaitu agama, nyawa, akal, maruah, harta dan persekitaran kehidupan.

Beliau turut memaklumkan bahawa penyampai ucaptama konvensyen, Dr Rachid Ghannouchi yang juga Presiden En-Nahda Movement, Tunisia tidak dapat hadir ke KMS 2015 kerana terpaksa menghadiri mesyuarat tergempar di dalam negaranya.

Ghannouchi juga memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan pembatalan ini. Pihak penganjur KMS 2015 turut memohon maaf kepada semua peserta konvensyen dan akan berusaha mengisi slot beliau yang telah dijadualkan dengan acara alternatif.

“Kami telah menghantar wakil ke Tunisia semalam untuk mengambil liputan daripada beliau,” jelas Shahrul Aman.

Jika berkesempatan, tambah beliau, pihak penganjur akan menyiarkan tayangan khas ucapan Ghannouchi secara langsung di Tunisia.

KMS 2015 ini juga bakal menampilkan Dr Ibrahim Munir (Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin Antarabangsa), Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (Presiden IKRAM), Ustaz Muhammad Anis Matta (Mantan Presiden PKS, Indonesia) untuk mengupas tentang Maqasid Syariah.

Terbaru menurut Shahrul Aman, Dr Mahmoud Hussein yang merupakan Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin, Mesir akan turut hadir ke konvensyen yang bertemakan “Membangunkan Malaysia Rahmah Berasaskan Maqasid Syariah” ini.

Selain itu, forum berkaitan Maqasid Syariah pula menampilkan panelis Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden AMANAH), Hj Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan PKR), Ustaz Dr Maszlee Malik (Ahli Akademik, Pensyarah UIAM) dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden AMANAH).

Tambah Shahrul Aman, IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia menghadiri Konvensyen Maqasid Syariah ini yang akan diadakan pada Ahad ini, 25 Oktober 2015 bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Selain para wartawan, turut hadir dalam sidang media Timbalan Pengarah KMS, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan Pengurus Acara, Sdr Mohd Hafiz Abd Hamid serta beberapa ahli jawatankuasa penganjur.

Dengan sambutan hangat dengan pendaftaran melebihi 2,000 peserta, mereka yang berminat untuk menyertai konvensyen ini masih berpeluang menempah tiket secara online di di http://www.islamicevents.my/event/286. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 03-8945 6999 atau e-mel [email protected]

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia