ERAT ‘13 beri pendedahan awal gambaran kehidupan di IPT

Objektif utama program ialah memberi pendedahan awal kepada peserta berkenaan gambaran kehidupan di IPT kelak. Program bermula seawal 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta. Seterusnya, slot “One Love” dikendalikan oleh Syafik Ismail dengan beberapa aktiviti menarik.

Slot seterusnya iaitu “Universiti Idaman Ku”, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka hendaklah membina universiti secara kreatif. Peserta hanya diberi masa selama 45 minit untuk menyiapkan tugasan berikut. Setelah selesai peserta diminta untuk membentangkan lakaran universiti tersebut kepada peserta-peserta lain. Secara tidak langsung ini dapat melatih peserta untuk berani bercakap dihadapan khalayak umum.

Setelah selesai solat isya’ secara  berjemaah, peserta telah bersiap sedia untuk mendengar pengisian yang akan disampaikan oleh Saudari Sumayyah Binti Aziz bertajuk “Peranan Mahasiswa Kontemporari”. Pelbagai ilmu yang telah dikongsikan kepada peserta antaranya kehidupan di IPT dan pendedahan awal tentang kehidupan di alam kampus.

Maka, tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh peserta mahupun fasilitator iaitu Xplorace@KualaLumpur. Setiap check point peserta diminta untuk menyelesaikan pelbagai tugasan oleh fasilitator. Ini dapat menguji ketahanan fizikal dan mental peserta agar dapat melaksanakan tugas dengan sempurna sebelum bergerak ke check point seterusnya.

Di antara tugasan ialah peserta diminta untuk mengambil gambar KLCC dari pelbagai sudut. Selain itu juga, peserta diminta juga untuk menjual botton badge di pasar seni dan sebagainya. Slot seterusnya ialah “Jejak IPT” dikendalikan oleh IKRAM Siswa. Slot ini adalah berbentuk karnival penerangan bagi setiap jurusan di IPT agar peserta lebih mengetahui dengan lebih terperinci tentang jurusan yang diminati.

Pada hari terakhir, peserta ERAT ’13 dipindahkan ke ADNI Training Centre untuk mengikuti slot “Pengurusan Diri Mahasiswa Cemerlang” oleh Tn Hj Mohamad Yaakub Idris, Penolong Setiausaha Agung IKRAM Pusat. Pelbagai pengisian yang bermanfaat dapat dipraktikan kelak seperti pengurusan diri dengan cemerlang di samping dapat mengetahui personaliti diri melalui tarikh lahir dan warna kegemaran.

Selanjutnya, majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan dan diakhiri dengan bersalam-salaman di antara peserta dan fasilitator. Semoga program tahunan ini membuahkan ukhuwah dan manfaat untuk remaja supaya memiliki persediaan dalam pelbagai aspek menghadapi realiti kehidupan di alam IPT nanti, insya-Allah.

Lagi foto program: ERAT 2013

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia