Negara Rahmah agenda utama PTI Perak 2014

IPOH – Perhimpunan Tahunan IKRAM Perak 2014 (PTI 2014) bertemakan Malaysia Menuju Negara Rahmah telah berlangsung pada Sabtu 6 Disember lalu di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Majlis Agama Islam Perak.
IKRAMTeens Komited Anjur Program Bina Sahsiah Remaja

KOTA SAMARAHAN – IKRAMTeens menganjurkan tiga program khusus untuk remaja berusia 13-19 tahun di tiga tempat yang berlainan sepanjang minggu lepas iaitu Kem Super Muslim, Keindahan Bersama-Mu (KBM) dan Kem Didik Insan Cemerlang (KEMDIC).
Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah SRIAAK dan Tadika Nurul Iman
Sekolah Rendah Islam al-Amin Kuching (SRIAAK) dan Tadika Nurul Iman mengadakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah untuk sesi 2014 pada 23 November yang lepas bertempat di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching. Majlis sebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sulaiman bin Saikh Kadir, Pegawai Penyelidik, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Negeri Sarawak.
Rehlah Akhowat IKRAM Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN – Rehlah akhowat IKRAM Kota Samarahan telah diadakan pada 16 November 2014. Program ini disertai oleh kira-kira 30 orang peserta wanita daripada kalangan mahasiswa yang menuntut di institut pengajian tinggi awam di sekitar Kota Samarahan. Program ini telah diadakan di Laman Samarahan yang terletak berhampiran Majlis Daerah Samarahan.
Pelbagai pihak bantah permohonan lesen menjual arak di Bandar Baru Bangi

BANDAR BARU BANGI – IKRAM Hulu Langat bersama 41 lagi NGO, Persatuan Penduduk, pihak masjid dan surau di sekitar Bandar Baru Bangi bergabung bagi membantah permohonan lesen menjual minuman keras di Seksyen 16 di sini.
Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ terima Anugerah Pengurusan SAR Tahfiz Terbaik Selangor

SHAH ALAM – Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (MTQ Hira’) telah menerima Anugerah Pengurusan SAR Tahfiz Terbaik Selangor bersama lapan lagi institusi tahfiz lain dalam Majlis Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Dan Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama (IPA) Peringkat Negeri Selangor 2014 semalam.