Program Tadrib Aktivis Belia Remaja Ikram (TABRI)

  Program Tadrib Aktivis Belia Remaja Ikram (TABRI) merupakan satu program latihan untuk penggerak belia dan remaja Ikram mula diperkenalkan pada tahun 2013 oleh Unit Latihan Jawatankuasa Belia Remaja Pusat dan Jawatankuasa Tarbiah Pusat. Objektif program ini adalah untuk memberikan satu latihan dan kerangka pemikiran bagi merancang program pembangunan belia dan remaja. Bagi meluaskan pelatihan […]

Hari Khidmat Kesihatan 2015 Catat Peserta Teramai

hari kesihatan 4

Sabtu, 16 Mei 2015 – Hari ini, buat pertama kali dalam sejarah hasil usaha dan kerjasama yang baik antara Kawasan Rukun Tetangga Taman Sentul Utama (KRT TSU) dan IKRAM Daerah Batu, program Hari Khidmat Kesihatan 2015 (HKK2015) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di Dewan KRT TSU dan perkarangannya.

MAJLIS RAMAH MESRA DAN HI-TEA WANITA IKRAM DAN NGO WANITA ISLAM KELANTAN

gabung3

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt satu pertemuan ramah mesra telah diatur dan berlangsung bagi mengeratkan hubungan diantara Wanita IKRAM dan NGO Wanita Kelantan seperti PERKEP, MACMA, HAWA, Yayasan Murni serta para AJK wanita masjid di Kelantan sperti Masjid Tapang, Masjid Telipot, Masjid ArRahman Bachok dan Masjid SBJ. Sebanyak 9 NGO telah hadir dengan diwakili oleh hampir seramai 50 orang tetamu jemputan hadir pada majlis ini.

KOMSIS julung-julung kali diadakan, kumpul 102 mahasiswa Sarawak

Konvensyen Mahasiswa IKRAM (KoMSIS) yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Gua Long House, Miri baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan seramai 102 orang mahasiswa dari seluruh Sarawak. Menyedari hasrat untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai kekuatan mental, fizikal dan spiritual demi membangunkan Islam, KoMSIS yang julung-julung kali diadakan ini bertemakan akhlak, khidmat dan ukhuwwah.

Objektif utama KoMSIS adalah mendedahkan para peserta dengan hala tuju IKRAM Siswa dan perkongsian hasrat gagasan Harmoni kepada mahasiswa IKRAM seluruh Sarawak. Di samping itu, konvensyen mahasiswa kali ini bertujuan menyusun dan menstruktur IKRAM Siswa seluruh Sarawak untuk memantapkan gerak kerja mahasiswa di kampus masing-masing. 

Masyarakat Memantapkan Pasukan Pengurusan Jenazah

pengurusan jenazah ikram batu

Ahad, 10 Mei – Alhamdulillah Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra dan Delphina (PKKTSMD) dengan kerjasama Surau Al-‘Izzah dan KRT TSAF1 berjaya menarik penyertaan 170 peserta, rata-rata dari ahli IKRAM Batu dan penduduk setempat. Lebih 30% peserta adalah di kalangan generasi muda.

“Mothers Against Pornography” Didik Ibu Peduli

mothers against pornography

Ahad, 10 Mei – Program Sambutan Hari Ibu anjuran Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan telah diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan kali ini datang dengan tema ‘Mothers Agains Pornography‘, menyaksikan seramai lebih 100 orang ahli IKRAM Wilayah Persekutuan, beberapa wakil NGO, dan wakil media termasuk TV ALHIJRAH, Malay Mail dan Berita Harian.

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia