Hari Keluarga Eratkan Keluarga Besar IKRAM Batu

24 Mei, Ahad – Telah berlangsung program Family Day IKRAM Daerah Batu di Baitun Nur, Jugra, Banting. Program yang dihadiri oleh kira-kira 140 orang peserta daripada pelbagai lapisan usia itu dirasmikan oleh YDP IKRAM Batu, Tn Haji Hasan Unir.
Knowing Me Knowing You Beri Pendedahan Piagam Wanita Islam
Dunia hari ini secara umumnya sedang menyaksikan pemisahan perjuangan wanita yang bersifat ektrem yang terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu kelompok feminis radikal yang anti-agama dan anti-famili dengan kelompok konservatif yang pro-agama dan profamili.
Golongan feminis radikal ini berjuang atas paksi hak asasi milik individu dan kebebasan secara mutlak dan ternyata ia bertentangan dengan konsep pengabdian manusia kepada Allah SWT. Walaupun ia bersifat ekstrem dan bertentangan dengan konsep pengabdian manusia kepada Allah, ternyata ia berjaya menarik minat generasi muda yang amat sensitif dengan hak asasi dan kebebasan ini.
Aktivis MyCare Melaka bertolak ke Nepal

Aktivist MyCare daripada Melaka, saudara Zairi Suboh telah berlepas ke Nepal petang tadi untuk menyertai misi 3 untuk bantuan mangsa gempa bumi di Nepal. diberitakan sebentar td ada earthquake 5.5 skala di sana.. Ayuh tembakkan doa agar Allah permudahkan.. Bersama kita mendoakan agar mereka selamat pergi dan balik. Antara yang mengiringi Akhi Zairi di […]
Booth IKRAM Mycare Kuala Terengganu
22/5/2015 Jumaat, IKRAM MyCare Kuala Terengganu telah membuka booth jualan tiket di Sabasun Gong Badak dan Sabasun Bandar untuk KOnsert Plastine yang akan berlangsung di Stadium tertutup Gonng Badak Kuala Terengganu pada 30/5/2015. Sesiapa yang mahu membeli tiket konsert boleh ke Sabasun. InsyaAllah booth jualan tiket akan dibuka dari hari ini jumaat hingga khamis (5 […]
Perkhemahan SRIAAK Membentuk Ketahanan Fizikal dan Kreativiti Pelajar
Proses pendidikan ialah elemen yang sangat penting dalam membina jati diri dan peribadi pelajar. Oleh itu, sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu dan menyeluruh harus diwujudkan dalam usaha melahirkan insan yang bersifat rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
Justeru, pada 9 dan 10 Mei yang lepas, Sekolah Rendah Islam al-Amin Kuching (SRIAAK) mengadakan satu perkhemahan sebagai salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat tersebut. Perkhemahan ini bertujuan untuk membentuk para pelajar agar mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi dan kreatif dalam menyelesaikan masalah di samping tidak memandang ringan aspek spiritual.
Program IKRAM Junior 15-18 Mei Yang Lepas
IKRAM Junior Kuching mengadakan program Kem Aulad Bestari pada 18 Mei 2015 bertempat di Surau Hidayatul Rahman, Kampung Gersik Kuching. Bertemakan ‘Kehebatan Saidina Umar al-Khattab’, Kem Aulad Bestari ini berjaya menarik seramai 142 orang peserta daripada kalangan kanak-kanak sekitar yang berusia enam hingga ke 12 tahun.
Pada 15 Mei hingga 17 Mei pula, IKRAM Junior Bintulu dengan kerjasama Madrasah al-Quran dan Jawatankuasa Kemajuan Islam MLNG turut mengadakan program ‘The Little Caliph Camp’ bertempat di Madrasah al-Quran Bintulu. Ia disertai seramai 80 orang peserta dan bertemakan ‘Islam Super, Aulad Power’.