IKRAM Siswa Meraikan Kedatangan Pelajar Baru Asasi UNIMAS

KOTA SAMARAHAN – Pusat pengajian pra-universiti merupakan salah satu pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Sudah semestinya, ppelajar-pelajar baru ini membawa harapan yang menggunung untuk meneruskan kecemerlangan serta ingin membentuk peribadi ke arah yang lebih baik dan holistik.

Justeru, dengan penuh rasa tanggungjawab, IKRAM Siswa dengan motonya ‘Akhlak, Khidmat dan Ukhuwah’ tampil membantu dan ingin merealisasikan cita-cita dan harapan pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan akademik sejajar dengan matlamat universiti di samping memiliki akhlak dan peribadi yang mantap.

How to Manage Your Money – Didik Remaja Urus Wang

KUCHING – Pada 29 Mei yang lepas, IKRAMTeens Kuching menganjurkan program ‘How to Manage Your Money’ bertempat di kediaman Ustaz Su’udi Arof, YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Kuching.

Program ini menyajikan pelbagai aktiviti yang menarik bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengurusan wang serta persediaan dalam menghadapi masalah kewangan pada masa akan datang. Antara aktiviti yang menarik ialah permainan kitaran wang dengan menggunakan permainan ‘Saidina’.

Program MABIT Kakitangan Hira’

hira program

    Program Mabit Kakitangan Hira telah diadakan pada 14 Mei 2015 (Khamis) di Sek Ren Islam Hira. Kandungan program termasuk Ceramah bertajuk Mencintai Allah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Sahar dan program riadhah iaitu acara memanah dan tazkirah.

Mahasiswa Berbakti Kepada Masyarakat Sertai Gotong-royong

LUTONG, MIRI – Jawatan Kuasa Kampung (JKK) Kampung Pengkalan, Lutong sekali lagi telah menjemput Ikram Siswa Miri (ISM) untuk bersama-sama menyertai Gotong-Royong Perdana Kampung Pengkalan 2015.

Pada tahun yang lalu, ISM telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengadakan gotong-royong bersama masyarakat kampung bagi mendedahkan mahasiswa dengan realiti masyarakat serta mempraktikkan segala yang telah dipelajari. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk menerapkan sikap kesukarelawanan dalam diri mahasiswa.

Wanita : Menelusui Perjalanan Malaysia Menuju Negara Rahmah

‘Wanita : Menelusui Perjalanan Malaysia Menuju Negara Rahmah, Menjayakan Piagam Wanita IKRAM’.

Itulah tema yang dipilih untuk Multaqa’ Akhawat Sarawak telah berlangsung pada 23-24 Mei yang lepas bertempat di Madrasah al-Quran, Bintulu.

Multaqa’ kali ini dihadiri oleh lebih 50 orang akhawat yang terdiri daripada ahli aktif dan ahli teras daripada seluruh Sarawak termasuk Kuching, Kota Samarahan, Bintulu, Sibu dan Miri.

Multaqa’ yang berlangsung selama dua hari satu malam ini dimulai dengan perkongsian yang bertajuk ‘Wanita : Kau Inspirasiku di Medan Ini’ oleh Ustaz Ali Fathullah.

Hari Keluarga Eratkan Keluarga Besar IKRAM Batu

hari keluarga ikram batu 2015 1

24 Mei, Ahad – Telah berlangsung program Family Day IKRAM Daerah Batu di Baitun Nur, Jugra, Banting. Program yang dihadiri oleh kira-kira 140 orang peserta daripada pelbagai lapisan usia itu dirasmikan oleh YDP IKRAM Batu, Tn Haji Hasan Unir.

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia