Charity WASH 2.0: Mencuci Sambil Menyumbang

12 September 2015, Sabtu – #ProjekPRIHATIN menganjurkan cucian amal (Charity Wash 2.0) buat kali kedua.
Bertempat di Surau al-Ihsan Taman Desa Minang, Gombak, cucian amal ini bertujuan mengumpul dana bantuan kepada Rumah Perlindungan Al-Nasuha.
Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Sarawak 2015 – ‘Menggilap Potensi, Mendidik Generasi’

MIRI – Muktamar Kepemimpinan Belia Islam (MUKIM) Sarawak 2015 melabuhkan tirainya pada 5.30 petang, 5 September yang lalu. Bertemakan ‘Menggilap Potensi, Mendidik Generasi’, program ini mensasarkan kehadiran belia yang berusia antara 18 hingga 25 tahun dari pelbagai institusi di sekitar Miri, Sarawak. Seramai 40 orang belia Islam dari pelbagai kementerian, jabatan, institusi dan badan bukan kerajaan di sekitar Miri yang hadir.
Program diadakan bertempat di Masjid at-Taqwa, Miri ini merupakan anjuran WAMY Malaysia dengan kerjasama HIKMAH, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak, Unit Saudara Kita dan Masjid at-Taqwa.
Cinta Fotokopi di SMK Greenroad : Beri Pendedahan Tentang Bahaya Zina
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kanak-kanak berusia 11 tahun melahirkan anak luar nikah. Tidak lama sebelum itu, Malaysia turut digemparkan dengan penemuan bayi yang dikerat kepada 15 bahagian. Ini cukup membuktikan gejala zina dan buang bayi di Malaysia semakin meruncing.
Justeru atas kesedaran ini, IKRAMTeens Kuching dan IKRAMTeens Kota Samarahan dengan kerjasama SMK Green Road menganjurkan Program Cinta Fotokopi di SMK Green Road pada 15 Ogos yang lepas. Program ini mensasarkan kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sekolah tersebut dan dihadiri oleh 40 orang peserata.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahana zina kepada para pelajar sekaligus memberi kefahaman tentang had dan etika pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Sambutan Hangat Perkhabaran Dari Gaza Bukti Warga Betong Prihatin
Pada 15 dan 16 Ogos yang lepas, MyCARE Sibu telah berkunjung ke Betong bagi melaksanakan dua program perkongsian mengenai Palestin bertajuk Perkhabaran Dari Palestin. Perkongsian pertama dilakukan selepas Solat Maghrib bertempat di Masjid Jamek Betong manakala perkongsian kedua pula selepas Solat Subuh bertempat di Surau Kolej Vokasional Betong.
Saudara Fadly Bin Hasbi, salah seorang anak kelahiran Sarawak yang terpilih sebagai salah seorang peserta Misi A2G12-ER ke Gaza pada 2013 dijemput khas untuk menjayakan perkongsian ini. Pendekatan beliau yang santai namun berfokus telah berjaya menarik perhatian pendengar pelbagai lapisan usia. Kempen-kempen berkaitan Palestin seperti Back to School dan Tajaan Anak Yatim Palestin (AYP) turut menjadi antara kandungan perkongsian.
Kursus Pengurusan Bencana Anjuran MyCARE Sarawak
Penubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) secara rasmi pada awal 2015 telah menggabungkan semua agensi-agensi di bawahnya iaitu Aqsa Syarif, Ikram4Syria, Salam Iraq, Rose2Rose, Nusantara Care(NICE) dan Palestine Centre of Excellent (PACE).
Para aktivis MyCARE sendiri telah lama terlibat secara aktif di dalam aktiviti kesukarelawanan, khidmat sosial dan misi-misi kemanusiaan sama ada melalui agensi kerajaan atau bukan kerajaan. Kini MyCARE telah melangkah lebih jauh dengan melebarkan lagi dimensi aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan.
Peranan MyCARE tidak lagi terhad kepada advokasi, pengurusan dana dan bantuan ke tempat-
Di Sebalik Kesusahan

Jika dipandang sekali imbas, kita dapati ada manusia yang senang hidupnya, ada pula yang susah. Namun, jika diamati dengan lebih teliti kita akan dapati setiap orang ada melalui saat-saat susah dan senang, derita dan bahagia. Cuma perspektif bahagia dan derita itu mungkin berbeza, tidak sama antara yang miskin dan yang kaya. Adakalanya jika dilihat dari […]