Edu4All: Inisiatif Force4Serdang suntik semangat ingin belajar

Program ini dianjurkan oleh Force4Serdang yang menghimpunkan kerjasama antara Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM Sepang, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Tamil Foundation dan All Women’s Action Society (AWAM).

 

Program ini telah mendapat penyertaan seramai 23 orang murid dari kawasan Sri Serdang yang memfokuskan pengajaran kaedah-kaedah ringkas bagi menyelesaikan masalah-masalah matematik berkaitan pendaraban oleh Dr Chang Yun Fah dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan dibantu oleh para fasilitator.

 

  

 

Aktivis IKRAM Sepang, Hussaini Khairudin memberi penerangan tentang nilai-nilai murni yang menjadi pegangan peserta dan Dr Chang Yun Fah menerangkan kaedah ringkas penyelesaian berkaitan pendaraban.

 

Selain menyuntik semangat ingin belajar, program inisiatif Force4Serdang ini bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang santai serta kondusif dan sebagai medan kerjasama antara murid-murid pelbagai kaum. Edu4All telah dijalankan secara bersiri sebelum ini dan matapelajaran yang telah diajarkan adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Kemahiran Insaniah.

 

  

 

Sesi senaman ringkas berasakan silat dan sesi maklumbalas dari ibu bapa bersama para fasilitator

 

Dengan kerjasama IKRAM Siswa Universiti Putra Malaysia (UPM), satu sesi senaman ringkas berasaskan silat turut diadakan sebelum mengakhiri program bagi mendedahkan murid-murid kepada budaya masyarakat Melayu. Program diakhiri dengan jamuan ringan bagi meraikan komitmen murid-murid dan ibubapa mereka sepanjang berlangsungnya siri-siri program Edu4All.

 

Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Remaja IKRAM turut hadir menyampaikan perkongsian pengenalan mengenai Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan disusuli dengan sesi maklumbalas bersama ibu bapa murid-murid.

 

Semoga program berbentuk pendidikan pembinaan karakter dan perpaduan multi-etnik seperti ini dapat terus dilaksanakan agar visi penegakan negara rahmah akan menjadi realiti suatu hari nanti, insyaa-Allah.

 

Sumber: FB IKRAM Sepang | Foto: https://goo.gl/photos/e3dEhTgNDdUqS3BdA

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia