Edar makanan untuk gelandangan

Projek kerjasama Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA), Yayasan Bunga Raya (YBR), IKRAM Siswa dan The Nasi Lemak Project (TNLP) telah dilaksanakan pada malam 30 Januari 2016 di sekitar ibu kota. 

Makanan dan minuman yang disediakan oleh IKRAM Siswa dan YBR di Surau al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn kemudiannya diagihkan bersama-sama anggota projek di sekitar kawasan SEGi College Kuala Lumpur, Mydin, berdekatan Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Turut hadir dalam edaran ini Bendahari GEMA, Mohammad Ezzani Iswan Ismail dan Setiausaha Agung IKRAM Siswa, Muhammad Fikri Ahmad serta para sukarelawan GEMA, IKRAM Siswa dan TNLP.

Sekretariat projek ini turut merakamkan penghargaan kepada para penyumbang sama ada dalam bentuk kewangan mahupun tenaga dalam menjayakan bantuan ini.

Semoga usaha ini dapat melebarkan lagi semangat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan seperti mana saranan hadis Nabi s.a.w:

“…Dan sesiapa yang memudahkan orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat…” (HR Muslim)

Foto projek: http://on.fb.me/1ooAi9o

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia