Econsave, i-Bantu Johor anjur Misi J4K salur bantuan di Kuala Krai

SENAI – Misi Khas Bantuan Banjir J4K (Johor for Kelantan) dengan kerjasama i-Bantu Johor dan Econsave Zon Selatan telah dilepaskan oleh YB Asiah Md Ariff, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor pada petang Sabtu 3 Januari lalu di Econsave Taman Bintang Utama di sini.

Misi yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai ini terdiri daripada tiga buah lori 18 tan, dua buah lori 5 tan dan dua buah lori 3 tan, lapan buah kereta pacuan empat roda (4WD) dan empat buah kenderaan pelbagai guna (MPV) membawa pelbagai barang makanan serta keperluan asas.

Ainul Lotfi, Mas Imran dan YB Asiah menyampaikan ucapan

Ia merupakan kerjasama strategik antara Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu) Johor dan Econsave Zon Selatan serta disokong oleh pelbagai agensi termasuk masjid-masjid, Kelab Alza Johor, Kelab Motorsikal Putra Bikers, Persatuan Ketua-ketua Kampung dan lain-lain.

Misi yang diketuai oleh Saudara Ramlee Mamat turut disertai oleh Ir Dr Faizul Amri Adnan, Pengarah i-Bantu Johor dan Saudara Mas Imran Adam, Pengurus Operasi Econsave berserta kira-kira 50 orang sukarelawan.

Turut hadir dalam pelepasan misi Prof Madya Ainol Lutfi Dato’ Hj Abdul Latif, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM yang juga Pengarah i-Bantu Pusat dan Prof Madya Dr Ajmain Safar, Yang Dipertua IKRAM Johor.

Foto:

http://on.fb.me/17aXUFx

http://on.fb.me/1xtxrMY

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia