Dunia, OIC, PBB, lakukanlah sesuatu selamatkan Aleppo!

“Apa yang berlaku di Aleppo ini adalah sesuatu yang sangat mencemaskan dan keadaan sangat meruncing sejak peperangan yang berlaku enam tahun lalu,” ujarnya ketika dihubungi Astro Awani pagi ini.

Aleppo merupakan pengkalan yang telah dikuasai Pejuang Pembebasan Syria (FSA) dan ia merupakan pusat yang penting.

“Oleh kerana itu, Assad telah mengarahkan bala tenteranya bersama dengan sekutu-sekutunya iaitu militer Syiah di bawah pengaruh dan arahan Iran serta kuasa besar Rusia telah mengerah tenaga mereka untuk mengambil alih kota ini.”

Beliau berkata, dan sekarang ini mereka telah menghukum rakyat iaitu penduduk Aleppo yang dikatakan telah memberikan sokongan kepada Pejuang Pembebasan Syria selama ini.

“Sebab itu kita menyaksikan berita-berita yang boleh disahkan oleh wakil-wakil PBB dan wartawan yang berada di lapangan seperti Al Jazeera dan Al Arabia yang mendakwa tentera Assad telah masuk ke dalam rumah-rumah penduduk serta membunuh mereka ‘on the spot’, tanpa mengira lelaki, wanita dan kanak-kanak.”

Setakat ini, jelas Dr Hafidzi, 82 kematian telah disahkan dan ini adalah satu bilangan yang sangat konservartif sebab banyak mayat bergelimpangan di jalan-jalan yang dikatakan mereka cuba untuk mencari perlindungan di Aleppo sebelah Barat kerana pertempuran sengit yang berakhir kelmarin ini berlaku di sebelah Timur.

“Apabila mereka cuba mencari perlindungan, mereka ditahan dan dibunuh di tempat mana mereka ditemui itu. Jadi kita menyaksikan suatu keadaan yang sangat menyedihkan.”

Dr Hafidzi meletakkan harapan yang besar agar dunia melakukan sesuatu untuk menyelamatkan penduduk Aleppo, orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak.

“Bahkan ada di kalangan kami mendapatkan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh orang awam: “Adakah mereka dibolehkan daripada segi hukum membunuh isteri dan anak-anak mereka sebelum diberkas dan diperkosa oleh tentera-tentera Basyar Assad juga militer Syiah?” Sungguh, ini sangat menyebabkan hati kita seperti disiat-siat, seolah-olah kita tidak boleh melakukan sesuatu untuk membantu mereka,” ujarnya.

Menurutnya, beliau inginkan PBB, OIC dan Liga Arab khususnya untuk melakukan sesuatu menghentikan kebiadaban dan rasa terkilan dengan apa yang berlaku itu.

“Masalah yang berlaku di Aleppo sekarang ini, ialah rejim telah mensasarkan semua kemudahan-kemudahan seperti hospital, loji bekalan air dan semua kemudahan awam telah dimusnahkan hingga dikatakan penduduk Aleppo hari ini, telah kehilangan bekalan makanan terutamanya roti.”

Mereka yang terselamat dan hidup, terang Hafidzi, mencari perlindungan dan berada dalam keadaan kritikal.

“Justeru, kami mengharapkan rakyat Malaysia bersama-sama NGO kemanusiaan Syria untuk menghulurkan bantuan dan beberapa NGO di kalangan kami seperti Malaysia Life Line For Syria, Syria Care, Muslim Care serta semuanya sedang menguruskan dana untuk dihantar ke sana bahkan kalau boleh kami akan menghantar sukarelawan dalam waktu terdekat ini.”

Dalam pada itu, MyCARE selama ini telah berkempen untuk musim sejuk.

“Kami telah berjaya mengumpulkan sekitar 150 ribu Euro bersamaan lebih kurang RM800,000 dan akan menyalurkan bantuan ini untuk penduduk Aleppo secepat mungkin melalui wakil-wakil yang pihak kami berurusan dengan mereka.”

Beliau berkata, dalam waktu terdekat ini, wakil MyCARE di Istanbul, insya-Allah akan menghantarkan bantuan makanan, ubat-ubatan, pakaian musim sejuk dengan kadar segera.

Mereka yang ingin menyumbang, bayaran boleh dibuat atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui mana-mana akaun berikut:

Maybank Islamic: 5642-5856-0698
CIMB Islamic: 8602-13-5592
Bank Islam: 1209-2010-0349-04

Sila e-mel bukti pembayaran kepada [email protected].

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia