Dua Helikopter TLDM Terhempas: IKRAM Ucap Takziah

Dua Helikopter TLDM Terhempas: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) amat terkejut dan berdukacita dengan tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pagi tadi.

IKRAM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga kepada 10 orang mangsa yang disahkan terkorban dan juga warga TLDM.

IKRAM menyambut baik tindakan pantas TLDM untuk menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut. IKRAM juga menyeru orang ramai agar tidak menularkan video kejadian yang berlaku bagi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.

Semoga roh mangsa-mangsa diampuni, dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan solihin, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia