Dr Zakir Naik: Kekalkan Keharmonian, Terus Berjiwa Besar

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti dengan dekat perkembangan berkaitan Dr Zakir Naik yang dikatakan kini sedang bermastatutin di Malaysia serta kini berhadapan dengan saman sivil oleh 19 orang aktivis masyarakat.

Dr Zakir Naik adalah Presiden kepada Islamic Research Foundation (IRF) yang berpusat di Mumbai, India dan pengasas kepada saluran television “Peace TV” yang fokus kepada perbandingan agama (Comparative Religion) dengan jumlah penonton mencecah lebih 100 juta orang.

Dr Zakir berlatarbelakangkan seorang doktor perubatan, seorang sarjana dan pendakwah Islam yang terkenal dan dihormati di seluruh dunia Islam.

IKRAM berpandangan, tindakan bagi memohon untuk menghalau atau menghalang Dr Zakir Naik daripada memasuki Malaysia adalah bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan bersuara dan beragama. Tindakan ini juga boleh mencetuskan salah faham dan rasa tidak senang terutamanya dalam kalangan umat Islam.

IKRAM menyeru agar semua pihak berusaha mengekalkan keharmonian kaum dan agama, saling hormat menghormati dan mengelakkan sebarang salah faham dan ketegangan.

Sebarang salah faham harus diselesaikan melalui dialog dan perbincangan. IKRAM bersedia untuk berdialog dengan semua pihak bagi merungkai perkara ini dengan sebaik-baiknya.

Jika benar laporan yang mengatakan bahawa Dr Zakir Naik tidak dibenarkan pulang ke negaranya sendiri, IKRAM mengalu-alukan tindakan kerajaan Malaysia untuk mengizinkan beliau tinggal di sini.

Sebagai sebuah negara yang berjiwa besar yang telah memberi perlindungan kepada pelbagai bangsa dan agama, Malaysia harus terus mengekalkan sikap tersebut.

“Malaysia Menjadi Negara Rahmah”

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia