Dr Zakir Naik: GDM ajak dialog

“Kami ingin menjemput dan mengajak pihak tersebut untuk berbincang secara matang, jujur dan terbuka demi perpaduan dan keharmonian negara”, ujar Pengerusi GDM, Hj Nicholas Sylvester dalam sidang media gabungan NGO itu pada Sabtu lalu.

“Kami juga mengajak mereka untuk melihat perkara ini berdasarkan bukti yang adil dan bukan tuduhan atau spekulasi”, tambah beliau yang juga Pengerusi Hidayah Centre Foundation.

Menurut Exco GDM, Sulaiman Mahran, jika tuduhan ini adalah benar, mereka juga akan memastikan Dr Zakir Naik tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Katanya, “NGO ini menyokong sepenuhnya untuk mengusir Dr Zakir Naik jika benar dia mengancam keselamatan negara seperti yang mereka dakwa”.

“Mereka dikehendaki mengemukakan bukti dalam masa tujuh hari bermula 9 Mac dan jika terbukti, kami sendiri akan bawa mereka berjumpa Timbalan Perdana Menteri untuk mengusir Zakir Naik”, katanya.

Pada 1 Mac 2017, sekumpulan aktivis telah menfailkan tuntutan mahkamah untuk menangkap dan mengusir pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Tuntutan tersebut dibuat atas dakwaan Zakir membawa ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia