Dr Umi Kalthum Terima Anugerah Maal Hijrah Perak

Dr Umi Kalthum Terima Anugerah Maal Hijrah Perak | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Ahli IKRAM Ipoh, Dr Umi Kalthum Ngah telah terpilih untuk menerima Anugerah Siti Khadijah bagi kategori wanita di Majlis Kemuncak Sambutan Maal Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan 1445H/2023M di Hotel Casuarina, Ipoh pada Rabu.

Dengan tema sambutan tahun ini “Penghijrahan Minda Penghijrahan Budaya,” Anugerah Siti Khadijah merupakan pengiktirafan ke atas ketokohan dan sumbangan beliau dalam usaha membina dan menyantuni masyarakat khususnya golongan wanita.

“Moto hidup saya, aspire to inspire before we expire,” ujar Dr Umi dalam temu bualnya kepada pihak Jabatan Agama Islam Perak.

Menurutnya, para wanita harus sedari bahawa mereka  memegang tunggak segala tamadun manusia yang menentukan corak anak-anak yang lahir dari rahim mereka dan seterusnya generasi mendatang.

“Kita kena pastikan bahawa mereka ada iman yang kukuh dan tidak goyah,” tambahnya.

Dr Umi yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik turut berjaya memperoleh Ijazah Psikologi dengan Kepujian (kelas pertama) pada usia menjangkau 61 tahun semata-mata untuk berkhidmat lebih dekat dengan masyarakat.

Beliau merupakan penulis prolifik yang telah menerbitkan lebih 30 buah buku yang berkisar kemelut dan konflik dalam masyarakat terutamanya melibatkan isu wanita.  

Noktah, Dafodil Untuk Insyirah, Seungu Lavender, Puteri Salsabila, Seindah Dafodil dan Sentuhan Muttaqeen merupakan antara karya sentuhan beliau.

Di celah-celah kesibukan mengurus rumah tangga dan berkarya, beliau merupakan terlibat aktif dalam Persatuan Kebajikan Wanita Jaya (WAJA), Kerian Negeri Perak, Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PenaWan).

Sebelumnya beliau pernah terlibat sebagai barisan kepimpinan Wanita IKRAM Perak.

IKRAM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Dr Umi Kalthum dalam perjuangannya untuk memajukan dan memperkasakan masyarakat. 

Semoga dengan kemenangan anugerah ini, ia dapat memberi nilai tambah yang baik dalam menggerakkan agenda perubahan dalam masyarakat dan negara. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia