Dr Tahir: Perginya pejuang tegar kemanusiaan

SERI KEMBANGAN – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, 71,  disahkan meninggal dunia pada jam 3.40 pagi hari ini akibat komplikasi jantung di Hospital UiTM Sungai Buloh.

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) turut mengucapkan takziah kepada balu almarhum, Puan Muzlipah Aishah Pawanteh dan seluruh keluarga almarhum yang juga merupakan ahli IKRAM Kawasan Shah Alam.

 

“Almarhum merupakan ahli IKRAM Shah Alam dan juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE yang sebelumnya dikenali dengan Aqsa Syarif sejak awal penubuhannya hingga hujung kehidupannya,” kata IKRAM dalam ucapan takziahnya.

 

Merupakan bapa kepada penyanyi terkenal, Faizal Tahir dan juga penyampai radio Zayan, Anas Tahir, almarhum pernah menjadi pensyarah di Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) dan kemudiannya di Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai Profesor Madya.

 

Selepas bersara, almarhum terlibat aktif dalam bidang kemanusiaan bersama Aqsa Syarif dan pernah ke Gaza sebanyak tiga kali iaitu Aqsa2Gaza2 (2011), Aqsa2Gaza8 (2012) dan Aqsa2Gaza13 (2013) dan merupakan antara penggerak utama misi-misi kemanusiaan di Syria.

 

Menurut Pengerusi MyCARE, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, Dr Tahir merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Aqsa Syarif.

 

“Pada awal penubuhan Aqsa Syarif, kami hanya berbekalkan RM15,000 untuk membuka pejabat kecil dan menggerakkan Aqsa Syarif.”

 

“Almarhum mengemudi bahtera Aqsa Syarif dengan tuntas dan cemerlang di saat permulaan yang sukar dan serba kekurangan,” jelas beliau.

 

Dalam satu hantarannya, beliau turut memaparkan mesej terakhir almarhum pada Jumaat yang memohon maaf kerana tidak dapat untuk berdiskusi bersama atas sebab masalah kesihatan dan memerlukan rehat.

 

“Sesungguhnya, kami menjadi saksi atas pengorbanan dan jasa beliau dalam arena kemanusiaan. Almarhum merupakan seorang mentor, murabbi dan ayah bagi kami semua,” ujar Dr Hafidzi.

 

Pengurus Besar MyCARE, Roha Hassan dalam hantarannya menyifatkan almarhum seperti seperti ayah kepada warga MyCARE, sentiasa memberi nasihat bermanfaat bila berpeluang dan sentiasa ingin berbakti demi kemanusiaan.

 

“Kami menjadi saksi pengorbanan almarhum untuk bumi anbiya’, menjadi inspirasi buat kami generasi muda di MyCARE,” kata penyelidik di Palestine Centre of Excellence (PACE), Khalid Jimat berkongsi dalam hantarannya.

 

Tambahnya, almarhum sentiasa bersedia untuk menyumbang tenaga untuk Palestin. Beliau turut memetik kata-kata almarhum, “Kalau Allah takdirkan ana (saya) pergi, sekurang-kurangnya ini jadi amal ana yang terakhir.”

 

Bekas Eksekutif MyCARE, Muhammad Aiman Mohd Zin yang lebih dikenali dengan Aiman Khairul Azzam dalam satu hantarannya berkata, beliau amat rapat dengan almarhum.

 

“Segala masalah, pandangan dalam apa jua perkara kami kongsi bersama,” jelas beliau.

 

Katanya, beliau juga terlibat dalam isu Palestin ada 2012 ketika almarhum mengemudi acara Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) dan hubungan mereka semakin rapat dan akrab ketika beliau menjadi staf di Aqsa Syarif – MyCARE.

 

Ujarnya, kali terakhir beliau berjumpa almarhum adalah semasa sebelum Covid-19 dan berbual-bual ingin pergi ke Gaza bersama-sama.

 

“Dan kini beliau pergi meninggalkan kami, aku buat selamanya. Tiada lagi seorang ‘ayah’ dan teman dan aku selesa berbual, minum teh tarik bersama.”

 

Beliau bersaksi bahawa almarhum adalah seorang yang menginfakkan segala-galanya untuk Palestin dan ummah. 

 

Menurutnya, dalam keterbatasan umur, kesihatan, almarhum tidak pernah mengeluh bahkan amat gigih membantu jalan dakwah.

 

“Selamat berisitrehat. Kami akan meneruskan mata rantai perjuangan yang kau tinggalkan,” ucap Aiman mengakhiri hantaran.

 

Jenazah almarhum Dr Tahir telah disolatkan di Masjid Puncak Alam dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, Selangor.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia